Friday, January 11, 2013

Belgium Part 2 - Ieper/Ypres


Morning.

Jom continue my Belgium tour story.

Hari kedua kami di bumi Belgium ini, diteruskan dgn journey ke Ieper. 
Kampung Willem.
From Brussels to Ieper, kitorang ambil train dgn harga tix about 5euro each (lebih kurang rm22). Masa perjalanan lebih kurang satu jam sahaja. Belgium ni negara kecik je..so if nak round satu belgium pon, jarak dari satu bandar ke bandar yang lain, amatlah dekat. 

On the train from Brussel - Ypres
Ypres merupakan satu bandar di Belgium yang terletak di province Flemish. Negara Belgium ni boleh dikatakan terbahagi kepada 2 province iaitu Flemish and Dutch. Orang-orang disini ada yang berbahasa Flemish, ada yang berbahasa Belanda dan ada juga yang menggunakan Bahasa Perancis. Di kalangan orang tempatan, bandar ini lebih dikenali sebagai "Ieper" manakala Ypres digunakan di dalam Bahasa Inggeris. 
Keindahan kampung Ieper
Apa yang menarik dgn bandar Ieper ni kan? 
okay.. Semasa perang dunia pertama, Ypres merupakan medan peperangan antara tentera-tentera yang terlibat. Bandar ini merupakan bandar yang sangat bersejarah, ala-ala negeri Melaka kita laa dan bandar ini pernah diserang tentera roman pada abad pertama sebelum masihi. Di kalangan orang eropah, bandar ini amat popular dgn sejarahnya dan bandar ini dijadikan lokasi wajib untuk dilawat oleh semua student-student di England. Korang boleh google sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang history bandar Ieper ni...

One of the biggest battle scene happens here in Ypres during the first world war
(Link: http://en.wikipedia.org/wiki/Ypres_Salient)
Christmas market di Ieper
Ketibaan kami di kampung Willem ini, disambut oleh keluarganya. Kitorang stay 1 malam di rumah Willem ni. First impression time tgk rumah Willem ni, "ohmaiiiii, this is my dream house!". Korang tgk gambar bwh, cantik kan rumah dia? Padahal rumah ni dah almost 20 years dah. And for me it looks flawless. Cuba bayangkan rumah yang berusia 20 tahun kat Malaysia, mcm mana rupa bentuk dia? Ha.... sure tunggang tebalik kan? hahaha... Rumah Willem ni, mcm sgt moden dan sgt cantik. Meja makan pula menghadap pemandangan yang sangat indah. Kreatif betol diorang ni!
The dining table at the kitchen
I tanya, dapur ni baru tukar ke? Guess what? No. It has been there for almost 20 years! ohmaiiiii
Dengan berbekalkan daging halal mentah dari Brussels, hidangan tengah hari disediakan untuk kami. Kenelah isi perut dulu sebelum jalan-jalan kan? Jimat seket duit xmakan kat luar! hehe..
Preparing the lunch
Steak for lunch. Nyummehhh
Then after lunch, kitorang continue jalan-jalan kat bandar Ieper. So, if datang kat sini adalah wajib utk visit tempat bersejarah yang berkait dgn first world war. Antaranya museum dan battlefield.



Sebagai tanda penghargaan kami terhadap keluarga Willem yang sudi menerima kedatangan kami ni, kami plan utk masak masakan Malaysia buat diorang. So, dinner kitorang malam tu bertemakan masakan Malaysia. Lauk biasa-biasa je i buat. Nasi putih, Rendang minang, Gulai ikan tenggiri dan kailan, Kangkung goreng belacan dan tomyam ayam. Alhamdulillah, diorang semua sangat suka dgn masakan kitorang.. hehehe

Menu utama  : Rendang Ayam Minang Resepi Pak Engku

"Sedapnyaaa makanan Malaysia"
Siap ada bekas cuci tangan
Lauk-pauk
Muka kekenyangan
Overall visit ke Ieper teramatlah puas hati. Dapat visit bandar yang rasanya jarang drpd kita dpt peluang utk melawat kan? Biasa if pergi Belgium mesti pergi Brussels atau Brugges shj. Alhamdulillah syukur diberikan peluang untuk menikmati bumi tuhan yang ini. I jugak sgt heppy dpy berjumpa dgn keluarga Willem. Diorang sgt welcoming dan baik hati. Nampaknya kitorang dah ada keluarga angkat lah pulak di Belgium ni..hihi

Breakfast made by Willem's mom. Rice pudding
Me with the parents
Oklah. Nanti i sambung journey kami ke Brugges pula.

Tata titi tutu.

XoXo,
Sheila

1 comment: