Thursday, January 7, 2016

Hello 2016!


Omg. Tak sangka 2 tahun I tak usik blog i ni. Haha.. Dah banyak sangat story yang i tak kongsikan dengan uol semua kan.

Actually, I have been really busy with my daughter, Eleia Ayesya!

Yes!!! I dah ada baby now (not really a baby anymore. She will be 2 years old this March!!!). So that's explain why I tak update blog dkt 2 tahun la kot kan! hahaha... Too many stories too tell. But I will keep it short ya. Just cerita highlight of my life for the past 2 years okay.

14 March 2014- Eleia was born in Royal Infirmary Edinburgh, Scotland. Mama dan Abah datang teman weols dkt 2 bulan jugaklah.. Tiap tiap hari dok komplen sejuk... Haha..Kesiann diorang.. And best sgt sbb dapat jumpa my sister who came all the way from Melbourne dengan Shasha dan abg wan.. Rinduuuu sgt!
Fresh from oven. Less than 5 mins lepas keluar..

Masuk paper UK.. ^_^
Permata hati kami - Eleia Ayesya Mohd Khairul Aiman.
Our first raya family photo.
                                 
Sama tak Leia dengan mummy? hehe

June 2014 - Eleia jumpa Tok Ndak and Wan Ndak for the first time (Keluarga belah hubby)..

Oh ni bukan Tok Ndak leia.. Ni Abang Ndak KJ.. haha.. Kami jumpa time ada event di Glasgow.. 
31 August 2014 - Officially graduated from Heriot Watt University. Waiting to transfer to new University. At this time, I was confused to choose between several universities. And hubby pulak dapat sambung Master dekat Heriot Watt University. So mmg dilema lah nak pilih uni time ni.


September 2014 - Hubby starts his MSc. in Business Psychology at School of Life Sciences, Heriot Watt University.

Rezeki sambung belajar..
Leia start swimming dari umur dia 2 bulan setengah.. Yang ni gambar time dia 6 bulan+. First class dengan waterbabies. Before tu dia belajar dekat swimking school di Livingtson. Nanti i buat entry khas pasal baby swimming ok!

December 2014 - Yeay. My best cousin datang!!! Ida and hubby, Abi dengan Fuad, Faiz Dickie dan juga Wan Zulhafiz (Aberdeen). The best Christmas holiday ever! Bersuka ria betol!

Nilah Acik Ida And Acik Abi... hehe
Ni Uncle Paeh....
Ni saya.. Debot..
Uncle Wan Zulhafiz pon ada haaa..
Leia nanges tawww takot dengan lawyer lawyer tersohor di Malaysia ni. Haaa kalau uols ada masalah boleh contact diorang ni. hihi
Our best travel companion.... Datanglaa lagi guys.... rindu dahh sobsssssss
January 2015 - Eleia and I moved to Colchester, Essex to continue my study at University of Essex. While hubby pulak still dekat Edinburghsampai dia habis master degree. PJJ for few months la pulak kan... Sobsssssss. Alhamdulillah, hubby's cousin, Maryam datang dari Malaysia untuk tlg jagakan Eleia. So ringan sikitlaa beban iols. Kalau tak, nak kene jaga Leia lagi, nak g university lagi kan. Dengan hubby yang jauh pulak. Mmg pening kepala dibuatnyaaa..... Tq cik yammmmmm...

February 2015 - Officially a University of Essex student. Alhamdulillah saya dapat 2 supervisors yang sgt sgt supportive. Sorang orang Greece and sorang lagi Malaysian.. Semoga Allah permudahkan perjalanku kali ini, InsyaAllah...

March 2015 - Eleia's first birthday bash! And also our first house warming. Time nilah first time nak berkenalan dengan warga Malaysia yang ada di Colchester ni. Tak ramai macam di Edinburgh tapi cukup untuk buatkan kami rasa rapat antara satu sama lain.. Mama dan abah pon ada datang visit time bulan March ni.. =)

Goodies bags
Main table for cake
My tiny family
One year old, Eleia Ayesya
Tok Abah and Tok Mama
Some of the foods
Mummh, Daddy & Leia
Leia's favourite uncle.
Ni kami surprise kan daddy Leia pulak... Birthday daddy Leia, 26 March. Kami surprisekan dia fly all the way dr London to Edinburgh taw.. hehe...
May 2015 - Atok dan Nenek Leia datang! Yeay... First time Leia dapat jumpa Tok Hamdan and Nani Yati.. Dan juga Mak long midah, Acik Ala and paksu Harith... Dan jugak bulan ni kami buat Scotland road trip. Yey berjaya jugak sampai ke Isle of Skye yang sgt cantik. Definitely must go if u guys ada chance!

Leia dengan family belah daddy...
Fairy pool, Isle of Skye, May 2015.
Quiriang, Isle of Skye
                               
Our travel partner. Nantilah if sempat i buat entry khas trip isle of skye ni okay..
Leia dengan PakSu Ewan dan Acik Liza.. Family belah Tok Abah..
June 2015 - Bye Cik Yam... Sedihhh 6 bulan Cik Yam duduk dengan Kami.. Da sampai time Cik Yam nak balik.. Cik yam balik 2 hari before raya.. Terima kasih byk byk CIk Yam jaga Leia.. Tolong kami... Jasamu akan kami kenang sampai bila bila..... Jangan lupa kami tawwww....

Bye... Eleia's bestest aunty...
Our second raya bertiga.
Our guest during raya, Dr. Dell and Uncle raz
Dengan family Abg Kamili & Kak Zizah..
Di open house rumah Malaysia 2015
September 2015 - USA tour. Yeay! Sebulan uols weols pergi jalan pusing USA. Takdelah habis satu USA tu sebab USA besar gila kot. Tapi most of the main cities tu weols dapat cover, alhamdulillah. Actually this is the second time I dapat menjejakkan kaki di bumi USA. Dulu datang dengan Mama Abah dan Angah je tapi sekarang bertambah best sebab dapat bawak my hubby dan jugak Eleia. Also, trip USA ni jugak makde iols ikot dan juga our bestie si Faiz Dickie. Basically our trip mcm ni --->

London-NYC, NY-Buffalo,NY-Niagara,NY-Cranberry, PA-Pennsylvania, PA - Washington DC, VI - NYC, NY - Orlando, FL - Houston, TX - Las Vegas, Nevada - Grand Canyon, Arizona - Las Vegas, Nevada- Los Angeles, CA - San Francisco, CA - NYC, NY - London.

Early September 2015. Berpeluang lunch and jalan jalan dengan Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor. Beliau merupakan peminat Faiz Dickie. Time ni kami baru lepas buat Visa US di embassy US di London.. Menumpang tuah Faiz lah kami ni kiranya dapat berjumpa dengan TJ.. Baik sgt orgnya.. Dan kami amat sedih sgt bila dapat berita kamangkatan TJ.. Sedih sgt sebab tak dapat jumpa dia lagi.. Banyak kali dia ajak kami jumpa dia... Terkilan rasanya.. Semoga tenang disana Tunku.. Al fatihah....
In front of Beverly Hills, LA. Nantikan entry USA trip ok for more pics and story!

Okay. kalau iols ada masa nanti iols buat entry khas untuk trip tour USA ni.

October 2015 - Back to university. zzzzzzzz... hahaha...

November 2015 - Daddy's graduation day!

Congratulations daddy. We are proud of u!


   
Haha.. convo pakai baju melayu and songkok pon boleh jadi viral... We really had no idea about this. Someone took from hubby's FB and made it viral.. TQ nwayy.. famous jap weols.. LULZZ

December 2015 - Christmas first time kami tak pergi mana mana. Duk rumah diam diam. Boxing day pon tak pergi mana. Duk dalam duvet. Haha... Why? Sbb honestly i rasa boxing day takdelaaa murah sgt sgt. Ramai gile kot org berator. Tak kuasalahh i nak berebut dengan org. Nak beratur bayar sekian hal lagi. And sepanjang 4 tahun dah berboxing day kat UK ni, observation i, sale tu bukan pada 26 dec je, most of the kedai maintain harga sama till 28 dec. And ada setengah kedai tu sampai 1 Jan. Jadi nak buat hape bersesak ramai ramai kan. Baik iols rileks dok rumah lipat baju, masak daps daps.hiihihi

My best nines in 2015.. Follow my ig @sheila_aziz
January 2016 - Here I am now back in the office. Now busy sgt nak siapkan paper untuk Conference bulan 3 ni di Paris, InsyaAllah.... Doakan iols okay...


Okay. nnt iols update lagi. InsyaAllah kali ni I will try to maintain my writing. hehe.....


XoXo,
Sheila


Thursday, January 30, 2014

Istanbul, Turkey (October 2013)



Salam 2014.

Mintak maaflah lambat bebenor i nak update utk Istanbul punya trip nih. Bz bebenor kalah ahli politik. hikhik....

So, dari Cappadocia kami terbang kembali ke Istanbul dan tiba di airport Sabiha Gocken. Airport ini agak jauh dari bandar. Ianya terletak di Asia side. So kalau naek bus dari airport ini nak ke bandar Istanbul yang terletak di Europe side, akan mengambil masa lebih kurang 1jam  (bandar Istanbul agak jam). Tiketnya pula berharga lebih kurang 10 lira seorang...bus ni agak frequent.. setengah jam sekali..berlambak kat luar airport tu.. jadi xperlu risau okay! Sila klik sini untuk melihat link bus ..

Okay sebaik sahaja tiba di Taksim, kami teros lunch di Restoran India... makan nasi biryani..kesian hubby dah berapa hari xdapat nasi kann... hehe.... Taksim ni kawan yang cam ala ala bukit bintang laa... banyak anak anak muda melepak sini.. Banyak tempat shopping, tempat makan etc... So, if nak melepak, Taksimlah tempatnya ye kawan kawan..

Maharani Restaurant, Taksim
Food rating : 3.5 star
Price : $$$
Dari Taksim, kami menaiki teksi teros ke kawasan hotel kami yang terletak di Sultanhamet. Sultanhamet ini merupakan kawan historical di Istanbul ni. Kawasan ini dikelilingi dengan tempat bersejarah. All walking distance. Jadi, if nak cari hotel, dan nak jimatkan kos pengangkutan. adalah amat disarankan korang cari accomodation di kawasan Sultanhamet ni. Senang nak g jalan jalan. Kalau rasa penat, anytime boleh balik hotel tanpa ragu ragu...
Hotel kami boleh masak. jadi i masak simple simple je untuk hubby i yang xboleh hidup tanpa nasi ittew....
Untuk memendekkan entry ini dan juga mengelakkan korang boring, i buat summary jelah tentang tempat tempat yang kami pergi okay...

1) Grand Bazaar & Spice Bazaar
Dah namanya pon bazaar kan, haruslah tempat ini tempat shopping... hihi... kat sini korang boleh dapatkan souvenir, pashmina, turkish delight etc..

muka excited dapat mkn jagung bakar
Turkey amat famous dgn baklava. A MUST TRY!
Mcm mcm jenis baklava ada
inside grand bazaar....sentiasa penoh orang..
kalau ada masa, jalan jalanlah dulu sebelum beli souvenir. sbb harga di luar bazaar sebenranya jauh lagi murah berbanding dalam grand/spice bazaar...
Pashminaaaa
Serbuk teh
Di depan masjid, berhampiran Grand Bazaar 
Dried fruit - apricot, kurma, kismis, etc
Rempah ratus - Spice Bazaar
2) Aya Sofya / Hagia Sophia
Dari dulu selalu dengar tentang keindahan dan keunikan Hagia Sophia.. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan dan kesihatan untuk menjejakkan kaki sendiri ke dalam bekas masjid ini. Asalnya, ia dibina sebagai gereja, sebelum ditukar menjadi masjid dan kini ia dijadikan muzium..
husband i sugar rush di depan Aya Sofya
dari hotel ke ayasofya, kami berjalan kaki dalam 5 minit sahaja
                                         

Jalan untuk naik ke tingkat atas di dalam Aya Sofya
Kerja menaik taraf dan membaik pulih bagi memastikan bangunannya kekal seperti asal
Kalimah Allah dan Muhammad dapat dilihat di kubah
Terdapat juga elemen kristian 
Maryam & Isa - elemen kristian

Tempat memberi khutbah
Makam raja raja terdahulu Turki 
Harga tiket : 25 Lira (RM43)
** Pls note : Isnin tutup

3) Topkapi Palace
Topkapi Palace merupakan istana yang sangat besar bekas tinggalan empayar Sultan Ottoman. Bagi kami yang paling menarik disini bukanlah tinggalan dari sejarah Ottoman. Tapi lebih kepada peluang untuk menyaksikan hasil tinggalan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Di dalam Topkapi, terdapat banyak tinggal nabi, antaranya pedang,jubah,misai,janggut,bekas minuman etc... Adalah merugikan kalau korang dah sampai Istanbul tapi xmasuk ke dalam Topkapi Palace... Ada juga barang peninggalan sahabat sahabat nabi termasuk tongkat nabi musa a.s... I always thought tongkat nabi musa tu besar sehingga mampu membelah laut, tapi bila dapat melihat sendiri, baru i tahu tongkat tu lebih kurang ranting sahaja tapi mampu membelah laut. Itulah kuasa tuhann...... Tapi sayangnya kat dalam ni, tak dibenarkan snap pictures... Hanya pengalaman yang dpt i kongsikan dgn korang semua...

Entrance ke Topkapi Palace
Kagum dengan hasil ukiran
Taman di dalam istana
Sgt besar kawasan Topkapi ni... At least setengah hari la diperlukan untuk cover semuanya...
Harga tiket : 25 Lira (RM43)
** Pls note : Isnin tutup

4) Basilica Cistern
Ia merupakan kasawan tangki terbesar di bawah bandar Istanbul. Ia terletak 500 kaki di bawah tanah, dibina ketika zaman Constantine pada abad yang ke 3. Lokasinya berhampiran dengan Aya Sofya... For me, if korang tak masuk kat dalam pon xpe.. takde apa sangat.. just ada air dan tiang tiang....tapi tempat ni pernah dijadikan lokasi utk filem James Bond - From Russia With Love.....




ada ikan dalam air nih...
Medusa - menjadi kepercayaan diorang untuk buang duit dan berhajat, nanti akan tercapailah hajat itu..
Harga tiket : 10 Lira (RM15)
**Dibuka setiap hari

5) Blue Mosque/Sultan Ahmet Mosque
Apalah erti ke Istanbul kalau tak menjejakkan kaki ke Masjid biru kan? Terlalu banyak sejarah yang dibina di masjid ini. Syukur tak terkira dapat diberikan peluang ke sini....

Sesak dengan pelancong
suasana tenang di dalam masjid ketika waktu sembahyang. Pelancong tidak dibenarkan masuk.
mengambil wuduk untuk solat Tahyatul Masjid

6) Bosphorus Cruise Tour
Okay. Bile korang ada di kawasan aya sofya, topkapi, etc... akan ada ramai penjual yang bertanyakan tentang Bosphorus Cruise tour. Diorang akan bagi brochure dengan harga yang bagi saya agak mahal (30-50 EURO seorang)...Tapi memandangkan i dah buat research before dtg ke Turkey, sebenarnya korang boleh menaiki cruise dgn harga yang jauh lebih murah. Kami hanya bayar lebih kurang 15 lira seorang untuk 2 jam cruise! Cara untuk mendapatkan tiket murah ini, sila pergi ke kaunter di jeti Eminonu dan korang boleh naik cruise teros dari situ.... ada yg tanya, kenapa harga yang ditawarkan amat jauh berbeza? Jawapan dia sbb yang mahal tu, inclusive makan dan ada mcm show on board. Tapi kami tak berminat nak tgk show dan makan.. Kami lebih berminat utk menikmati pemandangan sepanjang Bosphorus....  =)

                              
bawak bekal pon bolehhhh =)


sejukkkk
Demikian sahaja rentetan percutian kami ke Istanbul... Nanti i update kesah honeymoon kami ke Italy okay =)

Istanbul, tunggu aku datang lagi.....