Tuesday, November 19, 2013

Cappadocia, Turkey October 2013

Hi.

hari ni i nak update story about our first year anniversary honeymoon trip. This time kami pilih untuk ke Turkey! bosanla asyik pergi dkt Europe je kan... lagipon ramai orang asyik cerita Turkey cantik. nak jugaklah tengok dengan mata kepala sendiri betol cantik ke bumi Turkey ni. 


Alhamdulillah kami berjaya dapat tiket flight Turkish Airline yang agak murah untuk trip ni. Terima kasih kepada hotukdeals yang bagi alert ttg promo dari Turkish Airline nih. Kami bertolak dari Edinburgh menaiki Megabus (tiket 1£ sahaja) dan tiba di London pagi sebelum bertolak ke Istanbul pada tengah harinya. Pengalaman overnight dalam Megabus? huh. Kalau bukan sebab harga tiket 1£, mmg i takkan naik lagi dah. bayangkan duduk dalam bas dgn seat yang tak boleh adjust utk 10 jam! Crazy! huh. tapi kalau uols nak berjimat, Megabus adalah option yang terbaik utk uols uols semua. 


Kami bertolak dari London Gatwick dan mendarat di Istanbul Sabiha Gocken Airport. Buat pengetahuan semua, Turkey terletak di diantara dua benua iaitu  benua Eropah dan benua Asia. Airport Sabiha Gocken ini terletak di benua Asia dan agak jauh untuk ke bandar Istanbul (lebih kurang 1 jam perjalanan). Kami tiba di Istanbul kira-kira jam 8 malam. Jadi memandangkan flight kami dari Istanbul ke Cappadocia keesokkan paginya, kami bermalam di Hotel berhampiran airport Sabiha Airport ini sahaja. Senang esok pagi-pagi nak ke airport. 

hubby ai
beratur nak check in



Mula-mula kami plan nak drive je dari Istanbul ke Cappadocia, tapi mengenangkan perjalanan yang agak jauh (9jam driving), dan utk menjimatkan masa, kami decide naik flight sahaja. Kami menaiki Pegasus Airline (ala-ala Firefly). dan disebabkan tiket utk ke Cappadocia dibeli agak last minit, harganya boleh tahan mahal. Kami ambil early flight to Kayseri International Airport. Untuk ke Cappadocia ni, ada dua airport yang mudah sama ada ke Kayseri atau ke Nevsehir. Jadi kami pilih utk mendarat di Kayseri sbb tiket lagi murah (agak jauh utk ke Goreme berbanding Nevsehir).

the next morning. early flight to Kayseri

Pegasus Airline
Sebaik tiba di Kayseri, kami ambil kereta sewa kami utk bertolak ke Goreme. Cappadocia ni besar ye kawan kawan. Area yang cantik dan selalu menjadi tarikan pelancong adalah di kawasan Goreme ini. Perjalanan dari Kayseri ke Goreme mengambil masa lebih kurang 45 minit driving.

nampak tak muka cuak? penuh konsentrasi tuu... first time drive belah kiri. hehe..
hepi dapat tengok pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalan dari Kayseri ke Goreme


 Sampai je kami teros ke hotel untuk Check in. Kami berada di Cappadocia selama 3 hari 2 malam. Hotel yang kami duduk iaitu Turquaz Cahve Hotel, sangat memuaskan hati. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Dan ini merupakan kali pertama i tido dalam gua! naissssss!

 Cave Room at Turquaz Cave Hotel, Goreme
Hero turkey!
Pemandangan dari dalam bilik!
Balcony! Perfect for honeymoon! ^_^
The entrance to the room
Selesai solat semua, kami teros ke Goreme Open Air-Museum. Tiket masuknya berharga 15lira (kira-kira 5£ = RM25). Ianya merupakan salah satu tapak warisan UNESCO World Heritage site. kawasannya agak unik dan tak pernah i lihat kat mana mana sebelum ni. Very interesting!


dulu dulu orang dok dalam ni.
Lepas melawat Goreme Open Air Museum, kami naik kereta pusing-pusing bandar-bandar yang ada di Cappadocia. Sila tengok gambar ye. hihi


In front of Uchisar Castle, Uchisar Cappadocia
Pigeon Valley
Gua untuk burung merpati!
The superb scenery !
The famous Red Valley. Perfect for sunset viewing!

Souvenir shop


Red Valley bertukar menjadi merah menjelang sunset!



Day 2

Typical Turkish Breakfast!

Lets jalan jalan!
First stop : Derinkuyu Underground City (Tiket 15 lira)
bandar bawah tanah. sedalam 85m dibawah tanah.boleh memuatkan hampir 20 ribu orang!
bayar mahal mahal untuk merangkak di dalam ni. Saket pinggang weols! haha
Ruang paling dalam di bawah underground city ini
 
 
Minum Promegranate Jus dulu! (segelas 5 lira = RM3)


 Destinasi seterusnya --> Ihlara Valley (2 jam perjalanan)
Harga tiket : 5 Lira 
Kawasan Ihlara ni sangat besar. ianya merupakan longest canyon di Cappadocia. satu hari jalan pon xhabis. kawasan nya mcm Grand Canyon kt US tula. tapi yang menarik sbb dlm ni ada byk gereja lama, jambatan, kawasan yang unik dsb.


dulu ini adalah gereja
turun laju. nak naik nanti pengsannnn!
Selime, Cappadocia. Star Wars movie location!
Turkey : DONE!
oh. satu yang penting xboleh miss kat Cappadocia ni adalah untuk tengok/naik hot air balloon! Malangnya time kami datang, cuaca agak sejuk. angin kuat. takde satu pon hot air balloon yang dibenarkan untuk berlepas. sobs. ni yang nak kene datang lagi ni. apa-apa pun, kami sangat enjoy Cappadocia! Sangat cantik dan unik! dan alhamdulillah dalam masa 3 hari 2 malam, kami dapat cover most of the main attraction in Cappadocia. Basically, kalau korang xde kereta, boleh ambil tour yang disediakan oleh agent. Basically, ada 3 main tour yang boleh dipilih di Cappadocia ni : Red tour , Green tour, atau Blue tour. Harganya bermula dari 40-80 Euro seorang termasuk tiket dan makan tengah hari. Bagi kami, ianya agak mahal berbanding dengan harga sewa kereta yang kosnya hanya RM200 untuk 3 hari (total petrol 3 hari : RM130). Tapi kalau korang xberani nak drive (Turkey drive sebelah kiri), pakej lawatan tu bolehlah diambil. sbb kawasan Cappadocia agak besar dan setahu i takde public transport dari satu tempat ke tempat yang lain. So, its either drive or take the tour! kalau drive, korang boleh ikot sesuka hati korang nak berhenti lama ke sekejap ke. tak perlu nak tunggu orang lain. Kalau ikot tour, kene ikot jadual tapi advantage nya, adala tour guide yang ikot korang yang boleh explain segala sejarah etc. =) 

Kalau ada peluang, silalah ke Cappadocia ye. ^_^


kalau cuaca elok, korang dapatlah menikmati pandang mcm ni pada setiap pagi...
oklah. sekian sahaja coretan i kali ni. nanti i update kisah kitorang di Istanbul pula ye.

XoXo,
Sheila


5 comments:

  1. kakak cepat update istanbul please haha :D and take good care of yourself!

    ReplyDelete
  2. salam, nak tanya, utk perkhidmatan sewa kereta tuh amik d airport ke? boleh tahu dari company mane?book online or onthespot amik di cappadocia?

    ReplyDelete
  3. Kami ambil kereta di airport Kayseri (senang bila sampai di airport teros ada kereta dan return kereta pon dkt airport sebelum fly back to Istanbul).. Kami gunakan company Budget Car Rental.. Harga rental about RM250 untuk 2 full day... Kami book online siap siap untuk elakkan segala masalah...

    link booking : http://www.budgetinternational.com/

    ReplyDelete
  4. Salam, saya nak tanya, masa pergi Ihlara Valley tu parking kereta kat mana ye? And then lps tu patah balik jalan ke tempat parking ke? Berapa jauh kena jalan? Saya plan nak pergi Ihlara Valley tapi tak sure nak drive sendiri atau lebih senang ikut tour. Tour agak mahal tapi kalau drive takut jauh nak kena jalan utk patah balik ke parking. Appreciate your help!

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete