Sunday, January 13, 2013

Gloomy day

hari ini mood sy seperti cuaca disini juga.

kenapa?

hurmm...
Hatiku retak seribu seperti ipong ku juga.... =(
                                                           
sedih..........

takpelah nak wat mcm mana.. mende nak jadi kan..

sobs sobs...

Snowing in edinburgh all day today
XoXo,
Sheila

Friday, January 11, 2013

Belgium Part 2 - Ieper/Ypres


Morning.

Jom continue my Belgium tour story.

Hari kedua kami di bumi Belgium ini, diteruskan dgn journey ke Ieper. 
Kampung Willem.
From Brussels to Ieper, kitorang ambil train dgn harga tix about 5euro each (lebih kurang rm22). Masa perjalanan lebih kurang satu jam sahaja. Belgium ni negara kecik je..so if nak round satu belgium pon, jarak dari satu bandar ke bandar yang lain, amatlah dekat. 

On the train from Brussel - Ypres
Ypres merupakan satu bandar di Belgium yang terletak di province Flemish. Negara Belgium ni boleh dikatakan terbahagi kepada 2 province iaitu Flemish and Dutch. Orang-orang disini ada yang berbahasa Flemish, ada yang berbahasa Belanda dan ada juga yang menggunakan Bahasa Perancis. Di kalangan orang tempatan, bandar ini lebih dikenali sebagai "Ieper" manakala Ypres digunakan di dalam Bahasa Inggeris. 
Keindahan kampung Ieper
Apa yang menarik dgn bandar Ieper ni kan? 
okay.. Semasa perang dunia pertama, Ypres merupakan medan peperangan antara tentera-tentera yang terlibat. Bandar ini merupakan bandar yang sangat bersejarah, ala-ala negeri Melaka kita laa dan bandar ini pernah diserang tentera roman pada abad pertama sebelum masihi. Di kalangan orang eropah, bandar ini amat popular dgn sejarahnya dan bandar ini dijadikan lokasi wajib untuk dilawat oleh semua student-student di England. Korang boleh google sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang history bandar Ieper ni...

One of the biggest battle scene happens here in Ypres during the first world war
(Link: http://en.wikipedia.org/wiki/Ypres_Salient)
Christmas market di Ieper
Ketibaan kami di kampung Willem ini, disambut oleh keluarganya. Kitorang stay 1 malam di rumah Willem ni. First impression time tgk rumah Willem ni, "ohmaiiiii, this is my dream house!". Korang tgk gambar bwh, cantik kan rumah dia? Padahal rumah ni dah almost 20 years dah. And for me it looks flawless. Cuba bayangkan rumah yang berusia 20 tahun kat Malaysia, mcm mana rupa bentuk dia? Ha.... sure tunggang tebalik kan? hahaha... Rumah Willem ni, mcm sgt moden dan sgt cantik. Meja makan pula menghadap pemandangan yang sangat indah. Kreatif betol diorang ni!
The dining table at the kitchen
I tanya, dapur ni baru tukar ke? Guess what? No. It has been there for almost 20 years! ohmaiiiii
Dengan berbekalkan daging halal mentah dari Brussels, hidangan tengah hari disediakan untuk kami. Kenelah isi perut dulu sebelum jalan-jalan kan? Jimat seket duit xmakan kat luar! hehe..
Preparing the lunch
Steak for lunch. Nyummehhh
Then after lunch, kitorang continue jalan-jalan kat bandar Ieper. So, if datang kat sini adalah wajib utk visit tempat bersejarah yang berkait dgn first world war. Antaranya museum dan battlefield.



Sebagai tanda penghargaan kami terhadap keluarga Willem yang sudi menerima kedatangan kami ni, kami plan utk masak masakan Malaysia buat diorang. So, dinner kitorang malam tu bertemakan masakan Malaysia. Lauk biasa-biasa je i buat. Nasi putih, Rendang minang, Gulai ikan tenggiri dan kailan, Kangkung goreng belacan dan tomyam ayam. Alhamdulillah, diorang semua sangat suka dgn masakan kitorang.. hehehe

Menu utama  : Rendang Ayam Minang Resepi Pak Engku

"Sedapnyaaa makanan Malaysia"
Siap ada bekas cuci tangan
Lauk-pauk
Muka kekenyangan
Overall visit ke Ieper teramatlah puas hati. Dapat visit bandar yang rasanya jarang drpd kita dpt peluang utk melawat kan? Biasa if pergi Belgium mesti pergi Brussels atau Brugges shj. Alhamdulillah syukur diberikan peluang untuk menikmati bumi tuhan yang ini. I jugak sgt heppy dpy berjumpa dgn keluarga Willem. Diorang sgt welcoming dan baik hati. Nampaknya kitorang dah ada keluarga angkat lah pulak di Belgium ni..hihi

Breakfast made by Willem's mom. Rice pudding
Me with the parents
Oklah. Nanti i sambung journey kami ke Brugges pula.

Tata titi tutu.

XoXo,
Sheila

Tuesday, January 8, 2013

Belgium Part 1 - Brussels (Again)

Assalamualaikum.

Seperti dijanjikan, i nak update my Winter trip to Belgium! 

First stop ---> Brussels...

Okay. This is not my first time in Brussels. Dah dua kali actually. Ramai dok kata Belgium (Brussels specifically) xde apa sgt attractions which i think very true before. Satu hari dah boleh cover satu Brussels. Tapi orang silap sbnrnya...Orang dok pergi Brussels, just cari chocolate and mennekin pis. How can u conclude a country by just seeing a part of it? So not fair kan? Sbnrnya, Belgium sgt cantik. dan byk mende menarik pernah terjadi kat sini. For example, the first world war happens in Ieper, Belgium. Alhamdulillah, dgn izin-Nya, kami sempat melawat ke tempat tu. Nanti later i story details about other places in Belgium. For now.. yes now...i nak cerita tentang my trip to Brussels.

Duration : 6 days (2 days in Brussels)
By : Megabus (uk.megabus.com)
Journey : London-Brussels-Ieper-Brugges-Liege-Simont-Brussels

Belgian Waffle yang sgt maveles - November 2009, Brussels trip
Kami bertolak dari London menaiki Megabus. 
Ye.. naik bus je.. murah dan menarik.. 
Mesti korang pelik apa yang menarik naik bus kan? haha... okay...
bile naik bus, korang dpt peluang naik ferry jugak.. For my case, we all amek bus dari London Victoria menuju ke Dover (2 hours journey). After clear custom for UK Border and France Immigration, then kami naik ferry for another 2 hours which the fare has already been included with the bus ticket price. Dari Dover pulak, ferry akan menuju ke Calais, France then pastu kita akan naek bus balik untuk teruskan journey ke Brussels which took another 3 hours. Maybe penat tapi pengalaman mengajar erti kehidupan kan? hehe... So at least bila orang tanya mcm mana naek bus dr UK to France/Belgium/Amsterdam, we all can answer. Takdelah asyik depending on kapal terbang je kan. Adalah pengalaman berbeza menaiki transport yang lain-lain kan.. And yang paling best. Cuba korang teka berapa harga tiket bus i ke Brussels from London? Teka laaa.... hehehe

hurm...
....
...
...
8 pound je!!!
 Harga return tiket kitorang iaitu bersamaan RM40! wootssss.... murah kann???
Murah sgt2! Tiket bus KL-JB lagi mahal i rasa. So, mmg worth it lah kami berpenat lelah naek bus, ferry bagai dengan harga tiket semurah itu! hehehe...

Kedatangan i ke Brussels utk kali kedua ini, disebabkan cik hubby tak pernah lagi sampai ke Belgium. Kebetulan juga, classmate cik hubby berasal dari Brussels. Pelik tapi benar. hehe.. Willem ni dulu pernah duduk Malaysia 1 year for student exchange under AFS (American Field Service). Jadi, kami pon contactla dia untuk bwk kitorng round-round Belgium ni. 
Cik hubby and his tablemate back at school - Willem
First day, Willem bawak kitorang tgk tempat kerja dia. He works as an Art teacher for school kids. Menarik. Sbb dapatlah kami tgk sekolah budak budak kt Belgium ni kan..

Then after tu, kitorang pergi jalan-jalan di Atomium (5 minit jalan kaki dari metro station Heysel/Heizel - Line 6). Mini Europe pon just opposite the Atomium. So, kitorang just spend our time round-round area situ. 

Cathedral near St Giles Community Area
The Atomium - us with some random Spanish
Welcome to Belgium!
Minum petang
Ossegempark
The famous mini europe - dlm ni ada miniature building popular dalam europe. I.e, Eiffel tower etc.
 Selepas itu, kitorang jalan-jalan back to city centre, around Grand Place. At first, i memang nak bwk cik hubby tgk Menneken pis. Tapi xsempat pulak. Its okay. Lagipon i rasa menneken pis tu bukan ada apa pon. Just patung budak lelaki yang tengah buang air. Pelik kan tu pon boleh jadi attraction dkt Brussels ni? hahaha...

The over rated mennekin pis - November 2009
Menneken pis chocolate
Grand Place. Belakang yang ada lampu tu, christmas tree diorang. tah pape kan? hahaha.. alasan diorang this year dah xnak letak christmas tree besar sebab tak nak kaitkan dengan agama. Maka terhasil lah pokok berlampu yang korang lihat dlm gambar ni.. LOL!
Final stop for our first day trip is to visit art studio Willem. Dia ni seorang pelukis. And i think he's very talented! Berapalah agaknya harga lukisan dia ni kan? hurmmm...

Presenting his artwork.
This is really really nice!
Pulang ke rumah, kami disambut dgn party.. First time duduk dikelilingi mat salleh. 
*Awkward*
haha.. tapi it was really a good experience.. 
The guest
Mr.hubby
Vegetarian dish for us
Willem with his friend, Anna
Classmates!
Switzerland winter dish - Raclette 
Burpp.... Kenyang... Sodap! 

Tamatlah cerita day 1 trip saya ke Brussels. Till later.

XoXo,
Sheila



Tuesday, January 1, 2013

Tahun 2012 dalam kenangan

2012
Terlalu banyak kenangan. terlalu banyak memori. tak mungkin i dpt lupakan tahun 2012 ni..ada yang pahit, ada yang manis.. jadi i rasa adalah worth it utk i 'blog'kan kenangan di sepanjang tahun 2012 ni..
senanglah nanti anak-anak i nak baca kan... kikiki

January - Winner Month
1. Meet and Greet with Gary Neville, Man U
Permulaan tahun baru 2012 dimulakan dgn kemenangan i untuk sessi "meet and greet Gary Neville". Takkan korang xkenal sapa Gary Neville? Legend untuk team bola sepak man U kot.. hihi.. Thanks to Mister Potato, i dpt jumpa Gary Neville personally and i dpt jersey Man U for free..^_^

2. MAS Fly Me There Contest
Then, i menang lagi another contest pulak dari MAS. yang ni paling exciting! 
I menang contest "FlyMeThere".
Woots wootsss!
As uols can see, i won a pair of return ticket from KL-London. I ingat lagi i mmg struggle gile nk menang contest ni.. dalam kelas pon i dok bukak FB mintak tlg org vote i..huh! Alhamdulillah finally i won the tickets! Thanks to all friends and family and to those yang xkenal jugak who has voted me! Thanks a lot!!!

2. My Bestfriend, AYU got engaged !!
22 Jan, is one of my happiest moment in life to see my bestie finally got engaged with the one she loved. 
Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012/01/my-bestfrien-got-engaged.html
February - Holiday month 
1. South Korea (5-12 Feb 2012)
Habis je submit thesis everything, i teros pack all my things for my vacation to South Korea dgn aunty i 2 org and cousin i sorang! wootsss! 5th February i terbang ke Seoul for a so-called "graduation-celebration-trip". Trip ni, mmg sgt survivor sbb i buat semua itinerary from scratch.. Kitorng xde ikot tour guide ke apa.. i lah yg jadi tour guide! Sgt puas hati sbb berjaya menjelajah satu korea walaupon xpandai berbahasa korea! hehe... Sila rujuk entry ini untuk penerangan lebih lanjut...

2. UK and Paris Trip (15 February - 4 March 2012)

        
Balik je from Korea, i continue my holiday pergi UK and Paris. I pergi ni guna tiket yg disponsor oleh MAS. I pergi berdua je dgn kwn i, farah amalina a.k.a winky supanova.. Girls trip! hehe...

March - Working month 
1. Being a lecturer (5 March 2012)
Setelah puas bercuti sakan, i balik Malaysia teros start kerja. Kira hari ni sampai KL, esok teros start kerja! Exhausted tapi at the same time sgt exciting! It was my first time being a lecturer. UiTM di hati. hehe.. I dpt jadi lecturer kat Actuarial department, FSKM, UiTM Shah Alam. First day, nothing much. just kene settlekan borang2, medical check up etc. The next day, fuuhhhh... Neves wa ckp lu... Pagi lapor diri kat fakulti, tengah hari teros kene masuk kelas. Perasaannya tak tahulah nak cakap. Kelas pulak dgn student yg ramai time tu abt 60 pax. Jadi memandangkan hari tu hari first day i sebagai lecturer, me as.. ehem... "Miss Sheila" (sila jgn muntah), i just buat sesimple yg boleh...just kenalkan diri and beramah mesra. then ...
 "ok.kelas dismissed". hihihi

2. Birthday bash for Cik bf (26 March 2012)
Surpriseee! I love buat suprise..especially to those people yang i sayang. And for my cik bf punya 25th birthday, i nekad utk buat something special. So bertempat di Pool KGPA, i dgn bantuan few friends, berjaya buat suprise birthday party kat dia...

April - ??? month
Ok. good news. bulan ni i dpt tahu yang i dpt scholarship utk sambung belajar p UK! Yahuu...finally, after bertahun tahun tunggu akhirnya i dpt jugak scholarship utk sambung study ke peringkat PhD pulak. Seriesly, it is my dream since i'm a baby! Tapi at the same time, i agak berbelah bahagi jugak sbb komitmen i dgn UiTM etc.. i gagahi jugak April dengan seribu harapan supaya UiTM meluluskan permohonan perlepasan jawatan i..

May - Happiest month 
1. 1 May 2012
Happy birthday to me! Genap umur 26 tahun. Hadiah paling bermakna, bila family husband dtg rumah untuk merisik dan sekaligus bertunang. Just makan-makan between my family and his family. Kecik-kecik je just utk tetapkan tarikh etc.. Actually mula-mula tak plan pon nak kahwin..Tapi disebabkan i dpt sambung study ke UK, maka kedua-dua family setuju utk menyatukan kami berdua..chewahhh....
^_^
2.Convocation UiTM 2012
Second convocation in my life... Thanks abah, mama, family, friends... Tanpa semua, tak mungkin saya berjaya sampai ke tahap ni... and congrats to cik bf jugak. Konvo kitorng sama this time cuma berbeza sessi je...
Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012/06/graduate-again.html
Convocation cik tunang a week later.. ^_^
June- Preparation month 
ok. bulan 6 dah start busy pening kepala nak pikir preparation kahwin. yelah. kami kahwin xplan awal2.. awal bulan 5 baru betol-betol decide nak kahwin hujung august. just ada 3 bulan lebih je! dahlah nak puasa..raya lagi... sgt omgeeee okayy... rasa nak nanges sume ada. time tulah nak prepare kad kahwin, baju kahwin, cari dewan, borang kahwin, bla bla bla kahwin...zzzzzzzzzzz......

1. Cousin's engagement
cousin i (eda/e.z) yang dari kecik mandi sama-sama juga telah bertunang pada june 2012..
Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012/06/cousins-engagement-izzaida-abi.html
July- Exam month
Awal bulan 7, i start busy marking paper final exam student. fuh... first time rasa experience marking paper, calculate, submit, etc.. Rasa mcm xpercaya.. sbb selama ni, i yang jawab exam.. tiap2 hari doa supaya tuhan lembutkan hati pemeriksa bagi markah tinggi-tinggi kat i... hahaha... Finally, i pulak yg sampai kat stage mark paper student! tak sangka kan! hehe..tapi time marking tu, mmg set dalam kepala lah "what if i'm the student??".. jadi, mmg try sehabis baik yang mungkin utk bagi markah sebaik-baiknya... Hopefully, all of my students puas hatilaa dgn my assessment. 

1. Kad kahwin siap!
memang bulan jun, julai dan ogos agak memenatkan dan memeningkan kepala otak i. mana nak pikir dgn hal student uitm lagi. hal i nak kahwin lagi. hal i nak sambung belajar lagi. hal scholarship i lagi. hal rayuan pelepasan jawatan i lagi. huh! mcm2.. tataw nak kata. tapi i berjaya jugak siapkan semuanya on time. antara yang pentingnya, kad kahwin! hehe.. dua kali p indon, buat baju and kad kahwin. By end of july tu, boleh dikatakan 60% of my wedding preparation siap. baju siap. kad kahwin siap. door gift siap. just tinggal yang kecik-kecik je.. so, at least, nanti dah masuk bulan ramadhan, xdelah pening sgt nak uruskan mcm-mcm hal.. just tinggal nak tulis and hantar kad je kat tetamu... hihi
Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012/07/salam-ramadhan-everyone-aaarghhh.html

August- Fasting month and the BIG DAY...
(Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012_08_01_archive.html)
Basically, bulan 8 ni, i busy dgn preparation nak fly.. buat visa..uruskan flight ticket.. hal kahwin pon busy jugak time ni.. yelah... nak nikah dah kot! aiyaiyaiii..... SANGAT TAK PERCAYA HOKEYYY!!! tapi tulah orang kata... jodoh dah sampai kan? hikhik...

1. Aku terima nikahnya....
Tepat jam 10.06 pagi ahad, 7 Syawal 1433, 26 Ogos 2012, cik bf iaitu Mohd Khairul Aiman Hamdan, sah menjadi suami i. hihihihi... mcm xpercaya pulak dah kahwin! 
The moment of truth...
Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012/08/officially-wife.htmlVideo : http://www.youtube.com/watch?v=sIL2ncYKaRc
September - King and Queen of the month
Bulan September ni, mmg bulan raja sehari. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu wedding. Pas i nikah 26 ogos tu, kazen i, farah pon kahwin jugak pada 1 September kat Ipoh. Then, next wikend tu, turn i and cik hubby pulak jadi raja sehari for my side punya reception. 

1. Resepsi 1 (8 September 2012, Dewan TTDI KL)
My side ada 2 kali reception. Yang first dkt Dewan TTDI, KL. yang ni, more to friends, family and utk semua orang. Pendek kata, open event lah.. Thanks pada semua yang memeriahkan majlis kami ni...

2. Resepsi 2 (9 September 2012, Hotel Quality Shah Alam)
I pon xfaham kenapa kena ada dua kali reception for my side. Tapi ikot jelah permintaan dari my parents kan.. Jadi raja sehari..pakai cantik-cantik.. orang bagi hadiah..orang nak tangkap gambar dgn kite.. feeling feeling artis gitu....sapa xnak kan...so, layan jelaa... hehehe...

Link : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=a2aHXgZGczw

3. Ewan's Wedding -  15 September 2012
Habis je kenduri belah my side, kami sekeluarga semua busy dgn preparation utk wedding cousin i pulak. Dkt Terengganu. So, boleh dikatakan me and cik hubby punya first honeymoon trip jugaklah.. hehe...

4. Majlis Bertandang - 22 September 2012
Sekali lagi, i and cik hubby main kahwin kahwin. Kali ni, utk his side punya reception pulak. Majlis dibuat dibelah kampung husband i, dekat Rawang. Kampung style and i Love it!


5. Its sad to leave...
Keesokan harinya setelah majlis belah cik hubby selesai,  tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada semua. Flight kami dijadualkan pada 23 September 2012, Ahad, jam 1130 malam.. Sedih sgt-sgt sbnrnya.. Tak sempat berkenalan bergurau senda dgn keluarga belah suami, sudah tiba masanya kami berangkat. Sedih meninggalkan mama dan abah.. kawan-kawan... huhu........
Last moment in KLIA
5. Honeymoon trip (Amsterdam, 24 September 2012)
Mmg sengaja kitorng amek flight transit di Amsterdam. Kononnya, bolehlah jalan-jalan sekali. Honeymoon before start belajar. Tapi just a short one. 1 hari 1 malam di Amsterdam. Tapi sgt bestlah! Yelah..first time cuti berdua je dgn husband. Oversea pulak tu kan... Dapatlah lupakan kesedihan meninggalkan keluarga dan kawan-kawan sekejap...
Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012/10/honeymoon.html

6. New life. new beginning.
Akhirnya, pada 25 September 2012, jam 5 petang, kami selamat tiba di bumi Edinburgh. Ye. inilah rumah baru kami selepas Malaysia. Sesuatu yang tak pernah dijangkakan. Tinggal di perantauan. Berjauhan dari keluarga. Hanya berdua bersama suami tercinta. Sakit demam, susah senang, harus diharungi berdua sahaja. Hanya tuhan yang tahu bertapa susahnya pengorbanan kami berdua ini. Moga tuhan permudahkan kehidupan kami disini dan permudahkan kejayaan ku. InsyaAllah...
Link : http://syahilla-aziz.blogspot.co.uk/2012/12/new-homenew-environmentnew-life.html
Housewarming with new friends and family di Edinburgh
First time jalan-jalan di Edinburgh
Our first Hari Raya AidilAdha as husband and wife
October & November - Settle down month
Sekali lagi bergelar student. Cuma kali ini, status student itu turut disandang bersama status seorang isteri. Besar tanggungjawab yang harus i pikul, kan? huhuhu.... Basically, 2 bulan pertama di sini adalah bulan untuk kami settle down di tempat yang baru. Bulan nilah nak daftar university, buat akaun bank, duduk rumah baru, cari barang rumah, kenal kwn baru... mcm-mcm lagilah...Cik husband pon mula mencari kerja di bulan Oktober. Alhamdulillah. dalam 2 minggu kami tiba disini, dia dapat kerja di University of Edinburgh. Jadi cleaner pon bolehlah......
Registration day at Heriot Watt University!
December - Holiday month
Bulan terakhir di tahun 2012 ni mungkin menjadi bulan kesukaan i selepas ni.. time bulan ni boleh pergi holiday sbb ada cuti 2 minggu lebih bersempena cuti christmas. then yang paling best boleh pergi shopping masa BOXING DAY! wootsssssssss!!! hehehe...

1. Belgium tour
 i dah pernah pergi Brussels dah before ni. tapi i xpernah pergi tempat lain dalam Belgium. Dari dulu teringin nak pergi Brugges. Jadi, setelah berjaya memujuk cik hubby, kitorng decide nak tour satu belgium. Nanti later i update details trip kitorng okay!

2. BOXING DAY
Fuh... ni paling best! Gile best okay! Mmg dah lama tunggu nak pergi boxing day and finally i made it this year! weehuuuu..... 26 December tu, pagi-pagi buta kol4 dah bangun semangat gila nak p berator kat Bicester Village. Sampai sana around 5.30 pagi. Lepak jap kat Pret A Manger before gate bukak at 8am. Mmg puas hati okay! and thanks to cik hubby sebab sudi melayan kerenah saya ni. hehehe...
Bicester village - ITS ALL MINEEEE!!!!
p/s : nnt i wat entree khas pasal boxing day okay! hikhik
3. Highland trip
Scotland sgt sgt sgt cantik!!! just for a one day trip, i, cik hubby and few friends, kitorng drive along highlands untuk view scenery of Scotland. Journey starts from Edinburgh to Glasgow to Loch Lomond to Glencoe to Glenfinnan then finally to Fort William. Aahhh...hatiku terpaut dengan keindahan tuhan di bumi Scotland ini. Sah, i buat decision yang tepat untuk sambung belajar di Scotland...
Loch lomond - Scotland's second largest lake
4. Torch Festival Hogmanay (30 December 2012)
Bagi setiap Scottish, New year celebration ni lagi penting dari sambutan Christmas. Kebetulan ketika kami berjalan-jalan di city, terserempak dgn manusia manusia yang memegang torch berjalan menuju ke Calton hill. A very unique experience! Neves jugak tgk ramai gile org bwk obor api tu. takot pulak satu edinburgh terbakar.. hehe.. overall nicelah.. sbb biasanya kita celeb new year time mlm tahun baru je kan.. kat sini mcm  dah terasa kehangatan tahun baru tu walaupun baru 30 December.... For me its like we have to appreciate the past to be better in the future... =)))
People walking while holding the torch
The ambience
Begitulah cerita tahun 2012 saya. Terlalu banyak kan? Semoga tahun 2013 dan tahun mendatang memberikan kenangan dan kejayaan yang lebih baik buat kita semua. InsyaAllah.

2012 dalam kenangan....

XoXo,
Sheila