Thursday, June 9, 2011

Blueberry cheese tart

Disebabkan cuti sem yang teramatlah melampau lama kali ni (sampai September!), so saya pon mencari aktiviti2 yang berfaedah yang boleh dibuat. Salah satunya memasak..Korang plak cuti buat apa?

Hari ini saya telah membuat satu cubaan berani mati membuat tart feverite saya iaitu blueberry cheese tart.. hehe...mula2 neves jugak takut tak jadi...huuuu....

Yela..Ni merupakan first attempt untuk buat tart n tak sangka pulak jadi n sangat marvellous rasanya. Tak caya tanyalah orang2 yang dah rasa! hahaha...


If korang pon rajin nak buat, sila rujuk resipi kat bawah ni!

Bahan untuk Cup tart:-
125 gm butter
60 gm gula aising
1 biji telur 
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Filling:-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur
Blueberry pie filling

Cara2 :-

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Pukul mentega dan gula aising sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh.
3. Tekan doh ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepi dengan pisau.
4. Masuk dalam oven n bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit.
5. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling:
1. Pukul cream cheese, mentega dan gula aising sampai fluffy.
2. Then masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
3. Sendukkan cheese filling ke dalam piping bag dan masukkan kedalam doh tart yang dah dibakari.
4. Hiaskan diatas dengan blueberry filling
5. Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau sampai filling nampak macam kering.




Selamat mencuba ye!!!


My blueberry cheese tart - dibuka untuk tempahan.. hahahaha




XoXo,
Sheila

No comments:

Post a Comment