Saturday, September 28, 2013

Quick Glance

Assalamualaikum. Hai. Namaste. Konnichiwa. Hello.

Dah nak masuk bulan October. Fuh... Pantas sungguh masa berlalu. Dan sedar tak sedar dah hampir 3 bulan xupdate belog. Been really busy for this past few months. Sorryyy...
I'm just gonna sum up all of my activities for the past months into one entry in HERE! ^_^


June 

1) BBQ di Hillend, Pentland

Bulan June. Bulan Summer. Time ni lah masa yang terbaik untuk buat BBQ. Scotland ni susah nak dapat matahari. So bila matahari muncul, semua akan excited dan start to texting each other "Jom BBQ". Unplanned. Maka, terhasillah aktiviti BBQ di atas puncak bukit Pentland, di Hillend berhampiran dgn Midlothian SnowSport Centre. Lagipon, adik adik undergrad kebanyakannya sudah mahu pulang berbakti ke tanah air...



2) Tourist Guide

Alhamdulillah rezeki Julai, kami dapat job, jadi tourist guide. Kali ini pelancong dari Indonesia. Requestnya agak special sbb mereka datang bukan untuk melancong. Tapi lebih kepada pre-wedding photoshoot. YE! Mereka datang all the way from Indonesia, berserta Make-up artist sendiri, Fotografer sendiri, dan krew-krew mereka. Jadi, hubby and I just need to bring them to places in Edinburgh yang cantik so that diorang dapat snap nice Pre-wedding pictures.. =)



3) Convocation

Adik-adik undergrad konvo pada bulan June ini juga. First time dapat tgk convocation kat obersea. Tapiiiii... konvo kat Malaysia lagi best kott.. Sini mcm xberapa nak meriah pon. Tiada jambangan bunga, mahu pun teddy bear untuk para graduan pon. So sad kan? huhu.... tak sabar nak konvo. Cepatlah habis PhD.....



July 

1) Reporter

Konvo bagi pelajar di Edinburgh University pula telah berlangsung pada awal Julai. Hubby pula mendapat tugasan dari ASTRO AWANI untuk cover story convocation "Nur Amalina Che Bakri", bekas pelajar cemerlang SPM tahun 2004. Rasa bangga bila melihat kejayaan anak melayu seperti beliau di perantauan ni. Dia berjaya mendapatkan 2 Distinction degree - Farmakologi & Medicine. Dan selepas housemanship, beliau akan ke University of Cambridge untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor pakar. Despite all of the controversy, she is indeed still an excellent student. 

Interview
Pelajar Perubatan Malaysia di Edinburgh University
 2) Farewell

Sedih. Adik-adik undergrad kebanyakkannya semua pulang ke Malaysia pada bulan Julai ni. Tiap2 minggu kami ke Airport untuk hantar diorang balik. Sedihhhhh......

 3) Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah diberikan juga peluang untuk merasa bulan Ramadhan di perantauan. Sangat mencabar. 19 jam puasa. Kami start puasa lebih kurang jam 3 pagi dan hanya berbuka pada jam 10 malam. Penat tapi satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Bila berada di sini, tak merasalah nak pergi ke bazaar ramadhan, berbuka dengan keluarga. Hanya ala kadar sahaja. Syukur dengan apa yang ada sahaja. Tapi kadang-kadang, tekak ni teringin juga nak makan makanan Malaysia mcm murtabak, kuih ketayap, nasi dagang.. Jadi, masak jelaa.. Sedap tak sedap belakang cerita. hihihi



 3) TV & Newspaper

Mula mula masuk tv3. Glamer jap. hahaha... MHI contact i nak interview tentang pengalaman berpuasa di perantauan. Lebih kurang jam 2 pagi gakla diorang call untuk live dkt Malaysia Hari Ini. But it was fun! Pastu ada lagi masuk newspaper, Bharian, Kosmo, Metro untuk salam perantau. ^_^



August 

1) Persiapan raya

Biasa biasa jee persiapan raya kami. Yelah. Bukannya ada keluarga atau sanak saudara di sini. Cuma rakan2 jelah pengganti diri. Jadi, awal August, i bz buat kuih raya. Tapi buat simple simple je... Kuih tat gulung nenas, Choc chip, Cornflake Choc with almond, dan Popia gulung Nestum... Bolehlaaa buat penghilang rindu suasana raya di Malaysia...


2) Aidilfitri

Sobs.. Sedih. Raya tanpa keluarga. Cuma bertemankan suami. Tapi i still bersyukurlah. Atleast ada jugak husband disisi untuk beraya bersama. This is our first raya together as husband and wife dan first time beraya di perantauan. New experience. But memorable one!




Makan makan di rumah kami =)

3) Media lagi

Kalau bulan lepas, inteview untuk pengalaman berpuasa di luar negara. Bulan ni, mestilah interview untuk pengalaman beraya di luar negara pula. kiki.. dah mcm retis rasanya. Tv9, Astro , TV3, newspaper, semua ada interview kitorang... hihihi





4) Edinburgh Fringe Festival

The largest art festival on the planet is here in Edinburgh!!!! Its happening yearly and for this year it happens from 1-25 August 2013. Penuh tourist from all over the world dkt bumi Edin ni... Sesak. Tapi sgt happening. Byk art show dkt royal mile. And the most awaiting show, Edinburgh Military Tattoo pon happen time ni! So in love with it ^_^


 




All of us =)
5) First Year Anniversary

Setahun yang lalu, 26 Ogos, kami selamat diijabkabulkan. hikhik.Alhamdulillah. Finally it has been a wonderful one year. TQ cik hubby for being a nice, caring, loving and the best ever husband on planet! Im proud to have u in my life. Love u so much that no words can ever described it. gittewww (beg LV satu pls? hahahah)



hihihi.. hadiah annibersary.
Boleh baca kisah perkahwinan kami di previous entri di sini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah kisah i sepanjang June-August ni.
September?
Bulan menyambut tetamu.
Terlalu ramai kenalan baru, student baru HW dan juga kawan2 dtg melawat.
Nanti i update dlm next entry.

Bye. Ciao.

XoXo,
Sheila