Friday, December 31, 2010

Egypt Tour December 2010

Hellooo!! Im back!!!! 
Finally, ada gak time nak mengupdate blog nih! haha..dah balik sni about a week dah tapi xsempat2 nak mengupdate the trip penutup for 2010 nih..Yup! This time, me n my parents choose EGYPT as our last destination for 2010.. Luckily, December is a Winter time. Mula-mula ingatkan tak sejuk, sebab Mesir kan negeri padang pasir, tapi telahan itu tidak benar belaka. Cuaca kat sini agak sejuk terutamanya waktu malam dan pagi.. Jadi, kalau nak dtg cni, dtg time Winter ye! Kalau tak memang melekit lah badan korang berjalan kat padang pasir ni! hahaha... Okay.. Mari kita wrap up my whole trip and the pro and cons of this trip.. 

Anwar Sadat Memorial
Egypt merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika Utara.. It is a nice a city and if ada peluang, semua orang patut pergi sekali dalam hidup at least.. Yelah.. Mesir ini merupakan bumi para anbiya, dan kita harus melihat adat penduduk disini yg tak mungkin dapat diungkap dengan  tulisan mahupun potret semata-samata. Inilah negeri yg satu masa dahulu pernah diduduki oleh para ulama dan nabi-nabi yang terkenal dan mempunyai tinggalan para Firaun yg derhaka pada AllahEgypt was so popular with Pyramid Giza and bila dah jejakkan kaki kat situ barulah kita betul2 tahu and dapat rasakan kehebatan orang zaman dolu-dolu..And now I finally understand kenapa Egypt pernah menjadi one of the 7 Wonders of the World..  Orang kata kalau ada good and bad news better dengar yang bad news dulu kan..Hahaha..So, i decided to tell u first the bad side of Egypt first! 


1. Kota yang penuh dengan DEBU
Sepanjang 2 minggu round whole Egypt, rasanya semua bandar yang disinggah (Cairo, Aswan, Kom ombo, Edfu, Luxor) semua pon penuh dengan DEBU..Terbatuk2 dibuatnya..Tapi tak boleh nak disalahkan kerajaan Mesir semata-mata kerana sejak azalinya Mesir adalah sebuah negara padang pasir.. Mungkin sebab itu, walau mcm mana cuci n sapu pun, Debu tetap berterbangan dimana-mana..Uhuk uhuk...

2. Orang Mesir suka makan ROTI
Apa salahnya kalau suka makan roti kan..Tapi Oh Tidak!! Saya kurang mengemari roti disini..Kenapa?? Let me show you why..



Hurm..Now faham x kenapa? Xfaham jugak?? Okay....
Tengok roti tu dibawa kehulu kehilir, terdedah.. As i told u earlier, Mesir ni sebuah negara yang penuh dengan DEBU, jadi bayangkanlah roti tu dijunjung atas kepala dan debu beterbangan ke atas roti itu.. Lalu, sampai ke tangan kita untuk di makan.. Kalau tepuk roti tu, Fuh... penuh debu keluar..Bak kata our tourist guide, roti2 di mesir ini, kaya dengan Vitamin-D (debu)..

3. Mesir sebuah negara Islam yang dikenali sebagai "kota seribu menara"
Gelaran diberikan kerana masjid ada dimana-mana sahaja di bumi Mesir ini. Selang beberapa langkah je, dah jumpa masjid yang lain.  Dan ianya bukan satu isu bagi solat jumaat apabila masjid diletakkan bersebelahan. Janji ada orang yang sembahyang, tiada masalah. Apa yang cuba disampaikan disini, bukanlah kerana jumlah masjidnya yang banyak ataupun jumlah penduduk Islamnya yang ramai, tetapi keadaan dalam masjidnya agak mengecewakan. Tandasnya penuh dengan najis dan berbau sangat teruk. Agak sedih sebenarnya, kerana Islam mengajar kita kebersihan, tetapi penduduk di sini, tak ambik berat tentangnya. Sesungguhnya sekotor-kotor tandas kat Malaysia, jauh lebih kotor tandas kat Mesir ini.. Tempat sembahyangnya juga tidak dijaga. Karpet tempat sembahyang xyah cakaplah.. Penuh dengan debu2, habuk2 dan segala kotoran. Sedih kan....Tinggalan seperti Pyramid, firaun dan lain2 tu semua dijaga dengan rapi.. Tapi kenapalah tak boleh nak jaga tinggalan Islam yang lebih memberikan erti pada kita? Fikirlah....
Tepi jalan yang penuh dengan sampah sarap..
4. Semuanya perlukan duit di sini $$$$
Agak pelik jugaklah kat sini, sebabnya apa pon yang kita buat, mesti ada orang nk mintak duit.. Nak masuk tandas pon kene bayar 1 paun. Memanglah kat Msia pun kena byr, tapi masalahnya, ni toilet dlm kedai, restoran..Toilet masjid..Sebenarnya tak kisah pun kalau nak kene bayar.. Tapi masalahnya lagi, toilet yang kt  Mesir ni HAUK! Kalau kat Msia, kalau kita bayar 20sen, oklah.. bolehlah nak melepas ke apa ke..ni masuk toilet sana, tak lalu.. nak termuntah..Buwekkkk.... Nak koyak tisu dalam tandas pon, kene bayar.. Orang doakan kita dalam masjid pun, nak mintak upah.. Isk2... Tuhan bagi upah lagi besar wahai saudaraku.. Insaflah.. Boleh dikatakan apa jua kat sini, semuanya perlukan duit.. Itu tak kira lagi yang asyik nak mintak duit.. Sedih bila memikirkan kenapalah sebegitu kan..And kat sni jugak kita kene berhati2.. Walaupun penduduk majoritinya Islam, penipuan duit amatlah selalu terjadi. Even nak beli air pon kita kena tawar.. dan kita kena pastikan duit baki kita di bagi dengan betul..Kalau tak, memang habislah korang.. If mcm my dad senang je, bila orang kedai tu cuba nak menipu, bacakan je al fatihah kat dia.. atau azankan je..Terus tak jadi orang tu nak menipu...MasyaAllahh... sampai kena macam tu baru diorang sedar...

Mesti korang rasa takutkan lepas dengar macam2 cerita yang xbest kat atas.. Kan Kan Kan?????
Hahaha... Jangan terburu2... Tiada apa yang perfect dalam dunia ni.. Setiap yang wujud ada kelemahannya.. Begitu juga dengan bumi Mesir ini.. Tapi, banyak juga kelebihannya yang harus kita rasai dan alami sendiri kerana sesungguhnya, bumi Mesir ini merupakan bumi para Anbiya dan terlipat 1001 sejarah di sini yang tidak akan dapat kita perolehi di mana juga selain di bumi Mesir ini..Mari kita lihat keseronokan yang tak mungkin dapat diperolehi di tempat lain tapi ada di Mesir ini!!



1. Solat
Orang-orang kat sini boleh dikatakan amat menjaga solat. Tak kira di mana, walaupun debu penuh, atas jalan raya, bawah pokok, ada sahaja yang sembahyang. Rasanya susah kita nak nampak kalau kat negara kita kan? 
Tiada alasan untuk tidak solat (pic credit to Hanis Hazirah FB)
2. Egypt kaya dengan sejarah ketamadunan purba
Banyak tinggalan sejarah dan monumen yang popular dalam dunia ada disini. Ianya termasuklah Pyramid Giza, Sphinx (patung berbadan manusia berkepala singa), Memphis, Thebes, Karnak Temple, dan Valley of the Kings. Ianya merupakan tinggalan sejarah yang amat penting di dunia.
Di atas pyramid
Depan Sphinx
Edfu Temple
Inside Karnak
Great Temple of Amen - Karnak which begun by Ramses II
3. Masjid di Egypt
Terdapat banyak masjid2 di Mesir ini yang amat bersejarah. Termasuklah Citadel yang mempunyai  masjid Muhammad Ali Pasha, masjid imam shafie, Masjid Al-Azhar dan banyak lagi. Yelah.. Mesir ini kan dikenali dengan kota seribu menara...

Masjid Al-Azhar, Cairo
Citadel
Makam Imam Shafiee.. sangat wangi~
Bekas tapak kaki Rasulullah S.A.W
Masjid Imam Shafie
4. Sungai Nil
Bandar2 di Mesir ini terletak di sepanjang Sungai Nil yang merupakan sungai yang terpanjang di dunia (6666km). Penghujung Sungai Nil ini berakhir  di sebuah delta yang besar dan terus ke Lautan Mediterranian. Hanya lautan Mediterranian yang memisahkan Mesir dan benua Eropah. So, kalau nak pergi Greece sangat dekat lebih kurang 2 jam shj by flight or boleh naik cruise from Alexandria.   
Nile River in Cairo
Nile River in South Egypt - Aswan
Fellucas Ride along Nile 
Lautan Mediterranian in Alexandria
So, itulah lebih kurang rumusan dari trip bg penghujung 2010 ni. Seronok jugak sebab macam2 pengalaman dapat rasa sepanjang di bumi Mesir ni. Dari naek kapal terbang, naek kereta kuda, fellucas ride, boat, train, Cruise dan macam2 lagi..Pendek kata semua jenis pengangkutan dapat naeklah time kat sini. Pengalaman susah nak dikongsikan dengan kata2 hanya merasainya sendiri baru boleh kita tahu seronok atau tidak kan...If korang ada peluang, pergilah melawat ke Egypt okay!
With our tourist guide- Mr. Amru--> Bye2 Egypt...
Have a good 2011 year ok!

XoXo,
Sheila

Monday, December 13, 2010

I'm Away

Hello!

Writing this from KLIA..xsmpat nak tulis b4 ni..
I Will be away for 2 weeks..
See u again later..

Have a great holiday everyone!

XoXo,

SHeila

Thursday, December 9, 2010

Thank you and Alhamdulillah

Rasanya semua orang pon dah dpt result kan arini..Hopefully semua pon dapat result cemerlang..InsyaAllah..

CURRENT MODE : HAPPY..

WHY?

Firstly, I wanna say thank you to Allah for giving me the good results..To mama, abah n my family, terima kasih jugak atas semua dorongan dan bantuan..To my sayang, terima kasih sebab teman study and for all those support and all my friends..Without all of you, I will not made it..

Next, Thank you to UiTM jugak sebab pemprosesan result sem ni sgtlah efficient..Penghantaran email pada semua student2 amatlah dipuji dan dihargai..So, kitorang xpayahlah nak pening2 dah refresh button nak tengok resultkan..(",)

So, I would like to share this video... Sebab...




Alhamdulillah, sem ni aku berjaya mendapat straight A's..(",)


XoXo,
Sheila