Sunday, May 29, 2011

Surabaya Trip 2011

Hello!

My entry dis is specially to  update about Surabaya trip.. Sorry sgt2 sbb lambat memandangkan byk sgt kerja.. Walaupun dah agak basi, xpela..update jugak..kot2 la boleh jadi panduan kat korang yang nak g surabaya jugak..

My trip to Surabaya is in March 2011 for 5D4N. Trip kali ni cuma kami bertiga, iaitu saya, mama & abah. Kitorg pilih untuk tdo di hotel berbintang 5 yang usianya melebihi 100 tahun iaitu "Majapahit Hotel".. Hotel ni SUPERB! best gile n sgt worth it. Please consider it if you're thinking of going to Surabaya. Its really in the city centre n Dekat dengan Tunjungan Plaza, Pasar Genteng etc... Dan satu lagi mende best ttg hotel ni ialah mengenai "Martha Tilaar Spa". It is one of the best spa in Surabaya! Sempatlah juga saya menghabiskan masa hampir 2 jam ber rileks di situ. Enak bangettt... (",)

Room view
The famous Spa
The Spa
Hotel ni juga terkenal dengan sesuatu yang kurang best untuk didengar.. Jeng jeng jeng...Nak tahu pasal apa? Hurm....Popular dengan kisah hantu sebenarnya.. Kononnya ada hantu belanda di pohon besar di tengah2 hotel.. Xmau cite banyak sbb xtaw betol or x.. For us, nothing happen, n everything was great staying there! Tapi if korang nak tahu lebih tentang cerita tu, sila klik disini

The "Said" tree
Ok.Enuff cerita hotel. Mesti korang nak tahu apa yang menarik dengan Surabaya kan.. Yelah.. Surabaya ni jarang kte dengar orang pergi. Biasanya if kte dengar orang nak g Indonesia, mesti diorg pergi Bandung, tak pon Jakarta. Kalau kat Bandung tu, pergi mana2 pon jumpa orang melayu. Barang pon dah mahal as compared to 7 years ago when we first went to Bandung sebabnya ramai sgt orang Malaysia yang datang. So, kitorg pon pilih nak g tempat laen dis time n we chose Surabaya!

Kampung yang telah ditenggelami lumpur dan masih  aktif keluar.
Salah satu tempat menarik yang wajib pergi ialah di Siduarjo, Lapindo. Ianya merupakan kawan berlumpur yang mula terjadi akibat letusan lumpur volcano. Asalnya, kawasan tersebut merupakan kawasan perkampungan, kilang dan akhirnya tinggal seperti lautan lumpur je kini. Memang menyedihkan dan menghairankan melihatkan kawasan tu. Kejadian letusan tu dah hampir 5 tahun berlaku, tapi lumpur masih tetap keluar dan semakin membesar. Takde apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ni. Kerajaan Indonesia dah panggil expertise dr merata dunia termasuk British, U.S, Jepun & Australia, tapi semuanya gagal menyelesaikan masalah lumpur ni. If nak baca lebih tentang Lapindo ni, korang baca ni.

On going construction - utk elakkan lumpur merebak ke kwsn laen.
Kitorang juga, sempat pergi ke Batu, Malang. Kawasan ni macam ala-ala cameron la. Ada ladang strawberry, buah2an etc. Menarik jugalah sebab dpt rasa pengalaman memetik buah epal, strawberry etc. Kat sni jugak, ada aktiviti extreme mcm flying fox, atv riding etc. 
Petik jambu
Next, Safari Surabaya adalah satu tempat yang WAJIB korang pergi. Memang best. Lagi best dari Safari kat Afrika. Haiwan dibiarkan bebas dan kita boleh tengok diorang and bagi makan melalui tingkap kereta kita. Tapi xboleh turunla. Sebabnya bahaya. Kalau korang berani menghadap harimau ke, turunla kereta bagi diorang makan! hahaha...
Bagi makan kat illama ni thru tingkap.
Gajah pon boleh bagi mkn, tapi campak jela. takot gajah sodok kete kang susah plak..hehe
If berani tronlah, banyak harimau menanti ni.
And kat safari pon ada show yang best jugak. Kitorg sampai petang, so sempat tgk satu show je. Sbnrnya ada byk, termasuklah dolphin show, sea lion etc. Yang kitorg tengok ni namanya "Temple of terror". BEST & KELAKAR! Ada banyak gaklah adegan letop2 macam kat Universal Studios.. hehe..

The cast
The set
Satu lagi yang xharus miss, ialah untuk melawat Masjid Cheng Ho. Salah satu masjid paling lama dibina dan cantik ala2 mcm kat China gitu. 
Masjid Cheng Ho
Satu lagi tempat yang best ialah Museum Sampoerna. Kat sini kita boleh tengok, macam mana orang buat roko Sampoerna. Memang interesting habislah! Masuk2 je dah bau bunga cengkih. Wangi sangat. Rupa2nya rokok sampoerna ni, dibuat sepenuhnya oleh manusia. No machine use at all! Impressive kan! Diorang buat mmg macam robot. Laju n seragam! Cool gile! Diorang ni xguna mesin, sebab mmg polisi Indonesia supaya mengurangkan masalah pengangguran dikalangan rakyatnya. So, Dont miss this opportunity!!!
The House of Sampoerna
Pekerja Sampoerna sedang menggulung rokok

And last but not least, if pergi Indonesia, apa lagikan mestilah SHOPPING!!! haha.. Harga kat Surabaya still reasonable. Tak macam Bandung la.. Maybe sbb org Malaysia masih xsedar lagi dengan kewujudan bandar ini. Surabaya ada jugak gedung macam Pasar Baru di Bandung. Tapi Factory Outlet xde sangat mcm di Bandung. Overall, its a good experience here! Shopping belakang cerita! If nak dibandingkan dengan tempat2 laen dalam Indonesia, Surabaya is a MUST place to visit in Indonesia as well! Banyak tempat2 menarik untuk dilawati. And Madura jugak dekat if korang nak pergi. 

So, guess till here. I will update later about my next trip ok! Till then!

XoXo,
Sheila



Wednesday, April 6, 2011

I'm Still Alive

Hello...

Dah lama TAK UPDATE blog nih.. Sampai kan password pon da lupe.. Hahaha..
More than 3 months dah tak update rupa2nya.. 
And many things happen during the 3 months of course..
Sorry sgt xsempat nak update the latest news.. Terlampau bz dengan assignments and ....
Yup! final exam is coming up in less than 2 weeks! woohhoooo... *debar jap*

Bertahan untuk 2 minggu jek lagi. Then I will be free just like a bird..hahaha...
Tak sabar nak melepaks kat rumah berehat n go for a holiday of course!
I'll try my best to update my stories and trip to Surabaya in last month after my final exam okay!
As for now, what I can say about Surabaya ialah "best untuk jalan2! If shopping, Bandung & Jakarta Better!".. 
Okeyh..

Till Next time.

Nak tdoq.

P/s : My sleeping time now is changing to 7am. Maybe nak ikot time kat U.K kot? Hahahaha


Gudnyte!

Much Love,
Sheila

Saturday, January 29, 2011

-I need strength-

Skrg bru masuk minggu ke-4 belajar..
Tapi kerjanya.. Ya Allah... Xtawla nak cakap..
Banyak sgt smpai xtaw nak buat yg mana satu..
Semua pon ada research..research..research..
And korang taw x..
bukan senang taw nk buat research..
satu research tu perlukan berpuluh2 journal..
Itu baru satu, gua ada sekarang at least 4 research..
Ha... Cmne? Menjawab lah nak baca jurnal nnt...huhuhu :'(

Ngan article review lagila..Assignment lagila..Bla bla bla lah...
Nak lagi best, proposal untuk PhD kena siapkan A.S.A.P..

Sekali lagi ye kawan2..read my lips ye --> A.S.A.P..
Xpaham lagi? ASoon APossible..
Mati..
Aku nye proposal master pon xsiap2 lagi..nak kena buat PhD nye dah..uwaa..
Rasa cm nak terjun bangunan NOW...


Meja study aku pon da seakan2 macam ni gak..

Adoiyai...Life is never been easy kan?

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini...
Tabahkanlah hatiku untuk meghadapi dugaanmu ini...Amin~

XoXo,
Sheila

Friday, January 7, 2011

New Semester

Semester baru dah pon mula..
Kerja mulalah nak melambak-lambak..
Haiyaa....
Sem ni amek 5 subjek -
  • Portfolio Theory
  • Stochastic process
  • Finance & Risk Analysis
  • Data Mining 
  • Research Methodology
Takutnyeee...Hopefully sem ni semuanya okaylah kan..

XoXo,
Sheila

Wednesday, January 5, 2011

Separuh jiwaku pergi

Arini baru ari ke-5 dalam 2011 ni..

Tapi malang sungguh sbb Blackberry aku dah kene CURIK!


Current Mode: SEDIH!!!MARAH!!!GERAM!!!

Life is so Meaningless without it..

BB lah yang nk teman aku dlm kelas.. BB jugaklah yang nak teman aku bila tunggu orang.. Bb jugaklah yang nak aku gunakan bila nak browse internet.. BB jugaklah yang nak aku guna untuk BBM dengan member2 yang lain..BB jugaklah yang nak aku guna untuk check language & dictionary...

Huwaaaaaa!!! STRESS!!!!

Separuh jiwaku pergi kini..... :'(

Penggantinya harus dicari segera..

So,

Blackberry Bold 3 - 9780 



OR
...
...


Blackberry Torch????
Hurmm....Help me decide....


P/S : 2011, please be good to me! No more bad things happen ya!

XoXo,
Sheila

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011

Sedar x sedar sekelip mata je tahun 2010 berlalu kan..
Dan sekarang,
Its 2011 already!!!!

Azam tahun lepas, tertunai x? hehehe...If tak tercapai sepenuhnya, try lagi this year ok! (",)

So, I would like to wish, HAPPY 2011, everyone!

May all of u get a better year ahead this year!

XoXo,
Sheila

Friday, December 31, 2010

Egypt Tour December 2010

Hellooo!! Im back!!!! 
Finally, ada gak time nak mengupdate blog nih! haha..dah balik sni about a week dah tapi xsempat2 nak mengupdate the trip penutup for 2010 nih..Yup! This time, me n my parents choose EGYPT as our last destination for 2010.. Luckily, December is a Winter time. Mula-mula ingatkan tak sejuk, sebab Mesir kan negeri padang pasir, tapi telahan itu tidak benar belaka. Cuaca kat sini agak sejuk terutamanya waktu malam dan pagi.. Jadi, kalau nak dtg cni, dtg time Winter ye! Kalau tak memang melekit lah badan korang berjalan kat padang pasir ni! hahaha... Okay.. Mari kita wrap up my whole trip and the pro and cons of this trip.. 

Anwar Sadat Memorial
Egypt merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika Utara.. It is a nice a city and if ada peluang, semua orang patut pergi sekali dalam hidup at least.. Yelah.. Mesir ini merupakan bumi para anbiya, dan kita harus melihat adat penduduk disini yg tak mungkin dapat diungkap dengan  tulisan mahupun potret semata-samata. Inilah negeri yg satu masa dahulu pernah diduduki oleh para ulama dan nabi-nabi yang terkenal dan mempunyai tinggalan para Firaun yg derhaka pada AllahEgypt was so popular with Pyramid Giza and bila dah jejakkan kaki kat situ barulah kita betul2 tahu and dapat rasakan kehebatan orang zaman dolu-dolu..And now I finally understand kenapa Egypt pernah menjadi one of the 7 Wonders of the World..  Orang kata kalau ada good and bad news better dengar yang bad news dulu kan..Hahaha..So, i decided to tell u first the bad side of Egypt first! 


1. Kota yang penuh dengan DEBU
Sepanjang 2 minggu round whole Egypt, rasanya semua bandar yang disinggah (Cairo, Aswan, Kom ombo, Edfu, Luxor) semua pon penuh dengan DEBU..Terbatuk2 dibuatnya..Tapi tak boleh nak disalahkan kerajaan Mesir semata-mata kerana sejak azalinya Mesir adalah sebuah negara padang pasir.. Mungkin sebab itu, walau mcm mana cuci n sapu pun, Debu tetap berterbangan dimana-mana..Uhuk uhuk...

2. Orang Mesir suka makan ROTI
Apa salahnya kalau suka makan roti kan..Tapi Oh Tidak!! Saya kurang mengemari roti disini..Kenapa?? Let me show you why..



Hurm..Now faham x kenapa? Xfaham jugak?? Okay....
Tengok roti tu dibawa kehulu kehilir, terdedah.. As i told u earlier, Mesir ni sebuah negara yang penuh dengan DEBU, jadi bayangkanlah roti tu dijunjung atas kepala dan debu beterbangan ke atas roti itu.. Lalu, sampai ke tangan kita untuk di makan.. Kalau tepuk roti tu, Fuh... penuh debu keluar..Bak kata our tourist guide, roti2 di mesir ini, kaya dengan Vitamin-D (debu)..

3. Mesir sebuah negara Islam yang dikenali sebagai "kota seribu menara"
Gelaran diberikan kerana masjid ada dimana-mana sahaja di bumi Mesir ini. Selang beberapa langkah je, dah jumpa masjid yang lain.  Dan ianya bukan satu isu bagi solat jumaat apabila masjid diletakkan bersebelahan. Janji ada orang yang sembahyang, tiada masalah. Apa yang cuba disampaikan disini, bukanlah kerana jumlah masjidnya yang banyak ataupun jumlah penduduk Islamnya yang ramai, tetapi keadaan dalam masjidnya agak mengecewakan. Tandasnya penuh dengan najis dan berbau sangat teruk. Agak sedih sebenarnya, kerana Islam mengajar kita kebersihan, tetapi penduduk di sini, tak ambik berat tentangnya. Sesungguhnya sekotor-kotor tandas kat Malaysia, jauh lebih kotor tandas kat Mesir ini.. Tempat sembahyangnya juga tidak dijaga. Karpet tempat sembahyang xyah cakaplah.. Penuh dengan debu2, habuk2 dan segala kotoran. Sedih kan....Tinggalan seperti Pyramid, firaun dan lain2 tu semua dijaga dengan rapi.. Tapi kenapalah tak boleh nak jaga tinggalan Islam yang lebih memberikan erti pada kita? Fikirlah....
Tepi jalan yang penuh dengan sampah sarap..
4. Semuanya perlukan duit di sini $$$$
Agak pelik jugaklah kat sini, sebabnya apa pon yang kita buat, mesti ada orang nk mintak duit.. Nak masuk tandas pon kene bayar 1 paun. Memanglah kat Msia pun kena byr, tapi masalahnya, ni toilet dlm kedai, restoran..Toilet masjid..Sebenarnya tak kisah pun kalau nak kene bayar.. Tapi masalahnya lagi, toilet yang kt  Mesir ni HAUK! Kalau kat Msia, kalau kita bayar 20sen, oklah.. bolehlah nak melepas ke apa ke..ni masuk toilet sana, tak lalu.. nak termuntah..Buwekkkk.... Nak koyak tisu dalam tandas pon, kene bayar.. Orang doakan kita dalam masjid pun, nak mintak upah.. Isk2... Tuhan bagi upah lagi besar wahai saudaraku.. Insaflah.. Boleh dikatakan apa jua kat sini, semuanya perlukan duit.. Itu tak kira lagi yang asyik nak mintak duit.. Sedih bila memikirkan kenapalah sebegitu kan..And kat sni jugak kita kene berhati2.. Walaupun penduduk majoritinya Islam, penipuan duit amatlah selalu terjadi. Even nak beli air pon kita kena tawar.. dan kita kena pastikan duit baki kita di bagi dengan betul..Kalau tak, memang habislah korang.. If mcm my dad senang je, bila orang kedai tu cuba nak menipu, bacakan je al fatihah kat dia.. atau azankan je..Terus tak jadi orang tu nak menipu...MasyaAllahh... sampai kena macam tu baru diorang sedar...

Mesti korang rasa takutkan lepas dengar macam2 cerita yang xbest kat atas.. Kan Kan Kan?????
Hahaha... Jangan terburu2... Tiada apa yang perfect dalam dunia ni.. Setiap yang wujud ada kelemahannya.. Begitu juga dengan bumi Mesir ini.. Tapi, banyak juga kelebihannya yang harus kita rasai dan alami sendiri kerana sesungguhnya, bumi Mesir ini merupakan bumi para Anbiya dan terlipat 1001 sejarah di sini yang tidak akan dapat kita perolehi di mana juga selain di bumi Mesir ini..Mari kita lihat keseronokan yang tak mungkin dapat diperolehi di tempat lain tapi ada di Mesir ini!!



1. Solat
Orang-orang kat sini boleh dikatakan amat menjaga solat. Tak kira di mana, walaupun debu penuh, atas jalan raya, bawah pokok, ada sahaja yang sembahyang. Rasanya susah kita nak nampak kalau kat negara kita kan? 
Tiada alasan untuk tidak solat (pic credit to Hanis Hazirah FB)
2. Egypt kaya dengan sejarah ketamadunan purba
Banyak tinggalan sejarah dan monumen yang popular dalam dunia ada disini. Ianya termasuklah Pyramid Giza, Sphinx (patung berbadan manusia berkepala singa), Memphis, Thebes, Karnak Temple, dan Valley of the Kings. Ianya merupakan tinggalan sejarah yang amat penting di dunia.
Di atas pyramid
Depan Sphinx
Edfu Temple
Inside Karnak
Great Temple of Amen - Karnak which begun by Ramses II
3. Masjid di Egypt
Terdapat banyak masjid2 di Mesir ini yang amat bersejarah. Termasuklah Citadel yang mempunyai  masjid Muhammad Ali Pasha, masjid imam shafie, Masjid Al-Azhar dan banyak lagi. Yelah.. Mesir ini kan dikenali dengan kota seribu menara...

Masjid Al-Azhar, Cairo
Citadel
Makam Imam Shafiee.. sangat wangi~
Bekas tapak kaki Rasulullah S.A.W
Masjid Imam Shafie
4. Sungai Nil
Bandar2 di Mesir ini terletak di sepanjang Sungai Nil yang merupakan sungai yang terpanjang di dunia (6666km). Penghujung Sungai Nil ini berakhir  di sebuah delta yang besar dan terus ke Lautan Mediterranian. Hanya lautan Mediterranian yang memisahkan Mesir dan benua Eropah. So, kalau nak pergi Greece sangat dekat lebih kurang 2 jam shj by flight or boleh naik cruise from Alexandria.   
Nile River in Cairo
Nile River in South Egypt - Aswan
Fellucas Ride along Nile 
Lautan Mediterranian in Alexandria
So, itulah lebih kurang rumusan dari trip bg penghujung 2010 ni. Seronok jugak sebab macam2 pengalaman dapat rasa sepanjang di bumi Mesir ni. Dari naek kapal terbang, naek kereta kuda, fellucas ride, boat, train, Cruise dan macam2 lagi..Pendek kata semua jenis pengangkutan dapat naeklah time kat sini. Pengalaman susah nak dikongsikan dengan kata2 hanya merasainya sendiri baru boleh kita tahu seronok atau tidak kan...If korang ada peluang, pergilah melawat ke Egypt okay!
With our tourist guide- Mr. Amru--> Bye2 Egypt...
Have a good 2011 year ok!

XoXo,
Sheila