Showing posts with label belgium. Show all posts
Showing posts with label belgium. Show all posts

Monday, February 18, 2013

FINAL : Belgium Trip December 2012 (Leige-Simont-Brussels)

Salam 1Malaysia. 

Okay. Finally, kte sampai kat post terakhir utk trip kami ke Belgium. Fuhh...Penat oooo nak type bebanyak... Banyak lagi cerita tertangguh tak post post lagi ni... Pffttt... Nampaknya i kene rajen update lagi baru boleh selari dengan perkembangan semasa i kat sini. Tak larat nak update cerita yang dah basi... hihi..

Okay berbalik kepada last entry about trip ke Belgium ni... Hari hari terakhir kami telah pergi melawat ke bandar Leige yang terletak di Timur Belgium dan juga Simont sebelum kembali ke Brussels. Leige merupakan satu bandar yang terletak di Sungai Meuse, berhampiran dgn sempadan Belanda dan Germany. Ia merupakan bandar ketiga memiliki penduduk yang ramai selepas Brussels dan juga Antwerp. 

Leige city
Di muzium art Leige
Bekas hospital utk US Army semasa World War I



Helloooo...
*Gulp*
Sepanjang di Leige ni, kami berkesempatan untuk pergi ke dua museum seni yang popular. Thanks to Willem yang bwk kitorang. For your info, Willem ni seorang artist. Jadi, dia ni mmg nak tunjuk kat kitorng the best artwork in Belgium ni... Sgt mengkagumkan... Tapi kdg kdg tu mcm erk... tak paham.... hahaha..

Setelah itu, kami ke Simont pula utk menonton rehearsal orchestra housemate si Willem ni. Yang menariknya orchestra ini dibuat oleh orang orang kurang upaya. Agak menyentuhkan hati jugaklah bila melihat dpt menonton orang kurang berupaya ini memainkan alat music dgn syahdunya...

One of the castle on our way to Simont
The orchestra team
Finally, kami bertolak pulang ke Brussels utk menikmati menu wajib di Belgium iaitu MUSSELS! 
Aaaa sedap sedap.... hehe... Teringat dulu pernah pergi jugak dkt area Grand Palace tu nak makan mussels kat restoran paling popular Chef Leon tapi kene sound sbb if nak order tak boleh share share. meaning if korang dtg 4 org, sila pastikan ada 4 menu yang diorder okayy.. hukhuk... satu pinggan mussels ni kosnya lebih kurang 40 euro (RM160). hukhuk


Tak sangka dapat jugak makan Mussels di Belgium bersama suami tercinta. hihihi...

Selepas itu, kami kembali ke rumah Willem utk pack barang barang dan bersiap utk naek midnight bus pulang ke London. Overall trip, amatlah puas hati! Very cheap and enjoyable! 
Met a friend, Damien who works with AG Insurance. Company yang i pergi time training di Brussels 2009 dulu (kecik je kan dunia)
Terima kasih daun keladi kerana sudi menerima kunjungan kami..
Before balik, battle congkak satu round! Winner : Willem (Poor me..)
 Sekian sahaja kisah trip kami. 

Brussels-Ieper-Leige-Simont-Brussels-London.

Dalam ingatan.

XoXo,
Sheila



Brugges

Dari Ieper, kami menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu BRUGGES. 
Bagi i, Brugges ni merupakan bandar yang sangat romantis. Dari dulu mmg bercita cita, satu hari nanti nak ke Brugges dgn suami tercinta. Dan Alhamdulillah, tercapai jua....
Bagi sesiapa jua yang mahu ke Belgium, i mmg cadangkan utk ke Brugges! Destinasi wajib. Personally, Brussels xde apa yang menarik sgt utk dilawat tapi Brugges ni mmg bandar touristic. Very Classic and Romantic... Awwwwwwwwwwww


Perjalanan dari Ieper ke Brugges mengambil masa lebih kurang 45 minit shj. Seriesly perjalanan kami ke Brugges ni rasa mcm nak balik kampung time raya. Nak taw kenapa? hahah.. tgk video bwh ni... 




Kelakar kan si willem ni? Siap bukak mcm2 lagu raya. Takbir raya pon dia simpan lagi. Dia ni dulu pernah tinggal di Malaysia for 1 year dgn keluarga angkat Melayu. Dia ni tersgtlah happy bila dgr/tgk apa sahaja yang berkaitan dgn Malaysia ni. And suprisingly, kat rumah, even ayah dia pon pakai kain pelikat okay! hahah... lawak lawak...

Us in Brugges
Basically, bandar Brugges ni mmg dipenuhi dgn pelancong. Byk sgt tempat2 menarik yang boleh kite lawat dgn just berjalan kaki di sekitar bandar Brugges ni..

Museum Picasso
So classic kan bandar dia ni. Cam ala ala bandar Melaka lah..

Kat Brugges jugak ada banyakkkk sgt museum.. So, korang kenelah pandai pilih nak masuk tempat yang mana kan.. Letihlah nak byr if semua museum or attraction nak g kan! hehe.. For us, kami pilih utk masuk Art Museum dan juga Museum baru iaitu "Historium". Muzium baru ni agak unik sbb diorng buat mcm filem yang mana kte pon rasa ada berlakon dlm filem ni. Sgt unik!


Cik hubby menikmati keindahan seni lukisan di Brugges

Konon kononnya paham la... hahah
All of us in Brugges, Belgium
Sekian.

With love,

Sheila & K-0



Friday, January 11, 2013

Belgium Part 2 - Ieper/Ypres


Morning.

Jom continue my Belgium tour story.

Hari kedua kami di bumi Belgium ini, diteruskan dgn journey ke Ieper. 
Kampung Willem.
From Brussels to Ieper, kitorang ambil train dgn harga tix about 5euro each (lebih kurang rm22). Masa perjalanan lebih kurang satu jam sahaja. Belgium ni negara kecik je..so if nak round satu belgium pon, jarak dari satu bandar ke bandar yang lain, amatlah dekat. 

On the train from Brussel - Ypres
Ypres merupakan satu bandar di Belgium yang terletak di province Flemish. Negara Belgium ni boleh dikatakan terbahagi kepada 2 province iaitu Flemish and Dutch. Orang-orang disini ada yang berbahasa Flemish, ada yang berbahasa Belanda dan ada juga yang menggunakan Bahasa Perancis. Di kalangan orang tempatan, bandar ini lebih dikenali sebagai "Ieper" manakala Ypres digunakan di dalam Bahasa Inggeris. 
Keindahan kampung Ieper
Apa yang menarik dgn bandar Ieper ni kan? 
okay.. Semasa perang dunia pertama, Ypres merupakan medan peperangan antara tentera-tentera yang terlibat. Bandar ini merupakan bandar yang sangat bersejarah, ala-ala negeri Melaka kita laa dan bandar ini pernah diserang tentera roman pada abad pertama sebelum masihi. Di kalangan orang eropah, bandar ini amat popular dgn sejarahnya dan bandar ini dijadikan lokasi wajib untuk dilawat oleh semua student-student di England. Korang boleh google sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang history bandar Ieper ni...

One of the biggest battle scene happens here in Ypres during the first world war
(Link: http://en.wikipedia.org/wiki/Ypres_Salient)
Christmas market di Ieper
Ketibaan kami di kampung Willem ini, disambut oleh keluarganya. Kitorang stay 1 malam di rumah Willem ni. First impression time tgk rumah Willem ni, "ohmaiiiii, this is my dream house!". Korang tgk gambar bwh, cantik kan rumah dia? Padahal rumah ni dah almost 20 years dah. And for me it looks flawless. Cuba bayangkan rumah yang berusia 20 tahun kat Malaysia, mcm mana rupa bentuk dia? Ha.... sure tunggang tebalik kan? hahaha... Rumah Willem ni, mcm sgt moden dan sgt cantik. Meja makan pula menghadap pemandangan yang sangat indah. Kreatif betol diorang ni!
The dining table at the kitchen
I tanya, dapur ni baru tukar ke? Guess what? No. It has been there for almost 20 years! ohmaiiiii
Dengan berbekalkan daging halal mentah dari Brussels, hidangan tengah hari disediakan untuk kami. Kenelah isi perut dulu sebelum jalan-jalan kan? Jimat seket duit xmakan kat luar! hehe..
Preparing the lunch
Steak for lunch. Nyummehhh
Then after lunch, kitorang continue jalan-jalan kat bandar Ieper. So, if datang kat sini adalah wajib utk visit tempat bersejarah yang berkait dgn first world war. Antaranya museum dan battlefield.



Sebagai tanda penghargaan kami terhadap keluarga Willem yang sudi menerima kedatangan kami ni, kami plan utk masak masakan Malaysia buat diorang. So, dinner kitorang malam tu bertemakan masakan Malaysia. Lauk biasa-biasa je i buat. Nasi putih, Rendang minang, Gulai ikan tenggiri dan kailan, Kangkung goreng belacan dan tomyam ayam. Alhamdulillah, diorang semua sangat suka dgn masakan kitorang.. hehehe

Menu utama  : Rendang Ayam Minang Resepi Pak Engku

"Sedapnyaaa makanan Malaysia"
Siap ada bekas cuci tangan
Lauk-pauk
Muka kekenyangan
Overall visit ke Ieper teramatlah puas hati. Dapat visit bandar yang rasanya jarang drpd kita dpt peluang utk melawat kan? Biasa if pergi Belgium mesti pergi Brussels atau Brugges shj. Alhamdulillah syukur diberikan peluang untuk menikmati bumi tuhan yang ini. I jugak sgt heppy dpy berjumpa dgn keluarga Willem. Diorang sgt welcoming dan baik hati. Nampaknya kitorang dah ada keluarga angkat lah pulak di Belgium ni..hihi

Breakfast made by Willem's mom. Rice pudding
Me with the parents
Oklah. Nanti i sambung journey kami ke Brugges pula.

Tata titi tutu.

XoXo,
Sheila

Tuesday, January 8, 2013

Belgium Part 1 - Brussels (Again)

Assalamualaikum.

Seperti dijanjikan, i nak update my Winter trip to Belgium! 

First stop ---> Brussels...

Okay. This is not my first time in Brussels. Dah dua kali actually. Ramai dok kata Belgium (Brussels specifically) xde apa sgt attractions which i think very true before. Satu hari dah boleh cover satu Brussels. Tapi orang silap sbnrnya...Orang dok pergi Brussels, just cari chocolate and mennekin pis. How can u conclude a country by just seeing a part of it? So not fair kan? Sbnrnya, Belgium sgt cantik. dan byk mende menarik pernah terjadi kat sini. For example, the first world war happens in Ieper, Belgium. Alhamdulillah, dgn izin-Nya, kami sempat melawat ke tempat tu. Nanti later i story details about other places in Belgium. For now.. yes now...i nak cerita tentang my trip to Brussels.

Duration : 6 days (2 days in Brussels)
By : Megabus (uk.megabus.com)
Journey : London-Brussels-Ieper-Brugges-Liege-Simont-Brussels

Belgian Waffle yang sgt maveles - November 2009, Brussels trip
Kami bertolak dari London menaiki Megabus. 
Ye.. naik bus je.. murah dan menarik.. 
Mesti korang pelik apa yang menarik naik bus kan? haha... okay...
bile naik bus, korang dpt peluang naik ferry jugak.. For my case, we all amek bus dari London Victoria menuju ke Dover (2 hours journey). After clear custom for UK Border and France Immigration, then kami naik ferry for another 2 hours which the fare has already been included with the bus ticket price. Dari Dover pulak, ferry akan menuju ke Calais, France then pastu kita akan naek bus balik untuk teruskan journey ke Brussels which took another 3 hours. Maybe penat tapi pengalaman mengajar erti kehidupan kan? hehe... So at least bila orang tanya mcm mana naek bus dr UK to France/Belgium/Amsterdam, we all can answer. Takdelah asyik depending on kapal terbang je kan. Adalah pengalaman berbeza menaiki transport yang lain-lain kan.. And yang paling best. Cuba korang teka berapa harga tiket bus i ke Brussels from London? Teka laaa.... hehehe

hurm...
....
...
...
8 pound je!!!
 Harga return tiket kitorang iaitu bersamaan RM40! wootssss.... murah kann???
Murah sgt2! Tiket bus KL-JB lagi mahal i rasa. So, mmg worth it lah kami berpenat lelah naek bus, ferry bagai dengan harga tiket semurah itu! hehehe...

Kedatangan i ke Brussels utk kali kedua ini, disebabkan cik hubby tak pernah lagi sampai ke Belgium. Kebetulan juga, classmate cik hubby berasal dari Brussels. Pelik tapi benar. hehe.. Willem ni dulu pernah duduk Malaysia 1 year for student exchange under AFS (American Field Service). Jadi, kami pon contactla dia untuk bwk kitorng round-round Belgium ni. 
Cik hubby and his tablemate back at school - Willem
First day, Willem bawak kitorang tgk tempat kerja dia. He works as an Art teacher for school kids. Menarik. Sbb dapatlah kami tgk sekolah budak budak kt Belgium ni kan..

Then after tu, kitorang pergi jalan-jalan di Atomium (5 minit jalan kaki dari metro station Heysel/Heizel - Line 6). Mini Europe pon just opposite the Atomium. So, kitorang just spend our time round-round area situ. 

Cathedral near St Giles Community Area
The Atomium - us with some random Spanish
Welcome to Belgium!
Minum petang
Ossegempark
The famous mini europe - dlm ni ada miniature building popular dalam europe. I.e, Eiffel tower etc.
 Selepas itu, kitorang jalan-jalan back to city centre, around Grand Place. At first, i memang nak bwk cik hubby tgk Menneken pis. Tapi xsempat pulak. Its okay. Lagipon i rasa menneken pis tu bukan ada apa pon. Just patung budak lelaki yang tengah buang air. Pelik kan tu pon boleh jadi attraction dkt Brussels ni? hahaha...

The over rated mennekin pis - November 2009
Menneken pis chocolate
Grand Place. Belakang yang ada lampu tu, christmas tree diorang. tah pape kan? hahaha.. alasan diorang this year dah xnak letak christmas tree besar sebab tak nak kaitkan dengan agama. Maka terhasil lah pokok berlampu yang korang lihat dlm gambar ni.. LOL!
Final stop for our first day trip is to visit art studio Willem. Dia ni seorang pelukis. And i think he's very talented! Berapalah agaknya harga lukisan dia ni kan? hurmmm...

Presenting his artwork.
This is really really nice!
Pulang ke rumah, kami disambut dgn party.. First time duduk dikelilingi mat salleh. 
*Awkward*
haha.. tapi it was really a good experience.. 
The guest
Mr.hubby
Vegetarian dish for us
Willem with his friend, Anna
Classmates!
Switzerland winter dish - Raclette 
Burpp.... Kenyang... Sodap! 

Tamatlah cerita day 1 trip saya ke Brussels. Till later.

XoXo,
Sheila