Showing posts with label Turkey. Show all posts
Showing posts with label Turkey. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Istanbul, Turkey (October 2013)



Salam 2014.

Mintak maaflah lambat bebenor i nak update utk Istanbul punya trip nih. Bz bebenor kalah ahli politik. hikhik....

So, dari Cappadocia kami terbang kembali ke Istanbul dan tiba di airport Sabiha Gocken. Airport ini agak jauh dari bandar. Ianya terletak di Asia side. So kalau naek bus dari airport ini nak ke bandar Istanbul yang terletak di Europe side, akan mengambil masa lebih kurang 1jam  (bandar Istanbul agak jam). Tiketnya pula berharga lebih kurang 10 lira seorang...bus ni agak frequent.. setengah jam sekali..berlambak kat luar airport tu.. jadi xperlu risau okay! Sila klik sini untuk melihat link bus ..

Okay sebaik sahaja tiba di Taksim, kami teros lunch di Restoran India... makan nasi biryani..kesian hubby dah berapa hari xdapat nasi kann... hehe.... Taksim ni kawan yang cam ala ala bukit bintang laa... banyak anak anak muda melepak sini.. Banyak tempat shopping, tempat makan etc... So, if nak melepak, Taksimlah tempatnya ye kawan kawan..

Maharani Restaurant, Taksim
Food rating : 3.5 star
Price : $$$
Dari Taksim, kami menaiki teksi teros ke kawasan hotel kami yang terletak di Sultanhamet. Sultanhamet ini merupakan kawan historical di Istanbul ni. Kawasan ini dikelilingi dengan tempat bersejarah. All walking distance. Jadi, if nak cari hotel, dan nak jimatkan kos pengangkutan. adalah amat disarankan korang cari accomodation di kawasan Sultanhamet ni. Senang nak g jalan jalan. Kalau rasa penat, anytime boleh balik hotel tanpa ragu ragu...
Hotel kami boleh masak. jadi i masak simple simple je untuk hubby i yang xboleh hidup tanpa nasi ittew....
Untuk memendekkan entry ini dan juga mengelakkan korang boring, i buat summary jelah tentang tempat tempat yang kami pergi okay...

1) Grand Bazaar & Spice Bazaar
Dah namanya pon bazaar kan, haruslah tempat ini tempat shopping... hihi... kat sini korang boleh dapatkan souvenir, pashmina, turkish delight etc..

muka excited dapat mkn jagung bakar
Turkey amat famous dgn baklava. A MUST TRY!
Mcm mcm jenis baklava ada
inside grand bazaar....sentiasa penoh orang..
kalau ada masa, jalan jalanlah dulu sebelum beli souvenir. sbb harga di luar bazaar sebenranya jauh lagi murah berbanding dalam grand/spice bazaar...
Pashminaaaa
Serbuk teh
Di depan masjid, berhampiran Grand Bazaar 
Dried fruit - apricot, kurma, kismis, etc
Rempah ratus - Spice Bazaar
2) Aya Sofya / Hagia Sophia
Dari dulu selalu dengar tentang keindahan dan keunikan Hagia Sophia.. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan dan kesihatan untuk menjejakkan kaki sendiri ke dalam bekas masjid ini. Asalnya, ia dibina sebagai gereja, sebelum ditukar menjadi masjid dan kini ia dijadikan muzium..
husband i sugar rush di depan Aya Sofya
dari hotel ke ayasofya, kami berjalan kaki dalam 5 minit sahaja
                                         

Jalan untuk naik ke tingkat atas di dalam Aya Sofya
Kerja menaik taraf dan membaik pulih bagi memastikan bangunannya kekal seperti asal
Kalimah Allah dan Muhammad dapat dilihat di kubah
Terdapat juga elemen kristian 
Maryam & Isa - elemen kristian

Tempat memberi khutbah
Makam raja raja terdahulu Turki 
Harga tiket : 25 Lira (RM43)
** Pls note : Isnin tutup

3) Topkapi Palace
Topkapi Palace merupakan istana yang sangat besar bekas tinggalan empayar Sultan Ottoman. Bagi kami yang paling menarik disini bukanlah tinggalan dari sejarah Ottoman. Tapi lebih kepada peluang untuk menyaksikan hasil tinggalan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Di dalam Topkapi, terdapat banyak tinggal nabi, antaranya pedang,jubah,misai,janggut,bekas minuman etc... Adalah merugikan kalau korang dah sampai Istanbul tapi xmasuk ke dalam Topkapi Palace... Ada juga barang peninggalan sahabat sahabat nabi termasuk tongkat nabi musa a.s... I always thought tongkat nabi musa tu besar sehingga mampu membelah laut, tapi bila dapat melihat sendiri, baru i tahu tongkat tu lebih kurang ranting sahaja tapi mampu membelah laut. Itulah kuasa tuhann...... Tapi sayangnya kat dalam ni, tak dibenarkan snap pictures... Hanya pengalaman yang dpt i kongsikan dgn korang semua...

Entrance ke Topkapi Palace
Kagum dengan hasil ukiran
Taman di dalam istana
Sgt besar kawasan Topkapi ni... At least setengah hari la diperlukan untuk cover semuanya...
Harga tiket : 25 Lira (RM43)
** Pls note : Isnin tutup

4) Basilica Cistern
Ia merupakan kasawan tangki terbesar di bawah bandar Istanbul. Ia terletak 500 kaki di bawah tanah, dibina ketika zaman Constantine pada abad yang ke 3. Lokasinya berhampiran dengan Aya Sofya... For me, if korang tak masuk kat dalam pon xpe.. takde apa sangat.. just ada air dan tiang tiang....tapi tempat ni pernah dijadikan lokasi utk filem James Bond - From Russia With Love.....




ada ikan dalam air nih...
Medusa - menjadi kepercayaan diorang untuk buang duit dan berhajat, nanti akan tercapailah hajat itu..
Harga tiket : 10 Lira (RM15)
**Dibuka setiap hari

5) Blue Mosque/Sultan Ahmet Mosque
Apalah erti ke Istanbul kalau tak menjejakkan kaki ke Masjid biru kan? Terlalu banyak sejarah yang dibina di masjid ini. Syukur tak terkira dapat diberikan peluang ke sini....

Sesak dengan pelancong
suasana tenang di dalam masjid ketika waktu sembahyang. Pelancong tidak dibenarkan masuk.
mengambil wuduk untuk solat Tahyatul Masjid

6) Bosphorus Cruise Tour
Okay. Bile korang ada di kawasan aya sofya, topkapi, etc... akan ada ramai penjual yang bertanyakan tentang Bosphorus Cruise tour. Diorang akan bagi brochure dengan harga yang bagi saya agak mahal (30-50 EURO seorang)...Tapi memandangkan i dah buat research before dtg ke Turkey, sebenarnya korang boleh menaiki cruise dgn harga yang jauh lebih murah. Kami hanya bayar lebih kurang 15 lira seorang untuk 2 jam cruise! Cara untuk mendapatkan tiket murah ini, sila pergi ke kaunter di jeti Eminonu dan korang boleh naik cruise teros dari situ.... ada yg tanya, kenapa harga yang ditawarkan amat jauh berbeza? Jawapan dia sbb yang mahal tu, inclusive makan dan ada mcm show on board. Tapi kami tak berminat nak tgk show dan makan.. Kami lebih berminat utk menikmati pemandangan sepanjang Bosphorus....  =)

                              
bawak bekal pon bolehhhh =)


sejukkkk
Demikian sahaja rentetan percutian kami ke Istanbul... Nanti i update kesah honeymoon kami ke Italy okay =)

Istanbul, tunggu aku datang lagi.....







Tuesday, November 19, 2013

Cappadocia, Turkey October 2013

Hi.

hari ni i nak update story about our first year anniversary honeymoon trip. This time kami pilih untuk ke Turkey! bosanla asyik pergi dkt Europe je kan... lagipon ramai orang asyik cerita Turkey cantik. nak jugaklah tengok dengan mata kepala sendiri betol cantik ke bumi Turkey ni. 


Alhamdulillah kami berjaya dapat tiket flight Turkish Airline yang agak murah untuk trip ni. Terima kasih kepada hotukdeals yang bagi alert ttg promo dari Turkish Airline nih. Kami bertolak dari Edinburgh menaiki Megabus (tiket 1£ sahaja) dan tiba di London pagi sebelum bertolak ke Istanbul pada tengah harinya. Pengalaman overnight dalam Megabus? huh. Kalau bukan sebab harga tiket 1£, mmg i takkan naik lagi dah. bayangkan duduk dalam bas dgn seat yang tak boleh adjust utk 10 jam! Crazy! huh. tapi kalau uols nak berjimat, Megabus adalah option yang terbaik utk uols uols semua. 


Kami bertolak dari London Gatwick dan mendarat di Istanbul Sabiha Gocken Airport. Buat pengetahuan semua, Turkey terletak di diantara dua benua iaitu  benua Eropah dan benua Asia. Airport Sabiha Gocken ini terletak di benua Asia dan agak jauh untuk ke bandar Istanbul (lebih kurang 1 jam perjalanan). Kami tiba di Istanbul kira-kira jam 8 malam. Jadi memandangkan flight kami dari Istanbul ke Cappadocia keesokkan paginya, kami bermalam di Hotel berhampiran airport Sabiha Airport ini sahaja. Senang esok pagi-pagi nak ke airport. 

hubby ai
beratur nak check in



Mula-mula kami plan nak drive je dari Istanbul ke Cappadocia, tapi mengenangkan perjalanan yang agak jauh (9jam driving), dan utk menjimatkan masa, kami decide naik flight sahaja. Kami menaiki Pegasus Airline (ala-ala Firefly). dan disebabkan tiket utk ke Cappadocia dibeli agak last minit, harganya boleh tahan mahal. Kami ambil early flight to Kayseri International Airport. Untuk ke Cappadocia ni, ada dua airport yang mudah sama ada ke Kayseri atau ke Nevsehir. Jadi kami pilih utk mendarat di Kayseri sbb tiket lagi murah (agak jauh utk ke Goreme berbanding Nevsehir).

the next morning. early flight to Kayseri

Pegasus Airline
Sebaik tiba di Kayseri, kami ambil kereta sewa kami utk bertolak ke Goreme. Cappadocia ni besar ye kawan kawan. Area yang cantik dan selalu menjadi tarikan pelancong adalah di kawasan Goreme ini. Perjalanan dari Kayseri ke Goreme mengambil masa lebih kurang 45 minit driving.

nampak tak muka cuak? penuh konsentrasi tuu... first time drive belah kiri. hehe..
hepi dapat tengok pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalan dari Kayseri ke Goreme


 Sampai je kami teros ke hotel untuk Check in. Kami berada di Cappadocia selama 3 hari 2 malam. Hotel yang kami duduk iaitu Turquaz Cahve Hotel, sangat memuaskan hati. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Dan ini merupakan kali pertama i tido dalam gua! naissssss!

 Cave Room at Turquaz Cave Hotel, Goreme
Hero turkey!
Pemandangan dari dalam bilik!
Balcony! Perfect for honeymoon! ^_^
The entrance to the room
Selesai solat semua, kami teros ke Goreme Open Air-Museum. Tiket masuknya berharga 15lira (kira-kira 5£ = RM25). Ianya merupakan salah satu tapak warisan UNESCO World Heritage site. kawasannya agak unik dan tak pernah i lihat kat mana mana sebelum ni. Very interesting!


dulu dulu orang dok dalam ni.
Lepas melawat Goreme Open Air Museum, kami naik kereta pusing-pusing bandar-bandar yang ada di Cappadocia. Sila tengok gambar ye. hihi


In front of Uchisar Castle, Uchisar Cappadocia
Pigeon Valley
Gua untuk burung merpati!
The superb scenery !
The famous Red Valley. Perfect for sunset viewing!

Souvenir shop


Red Valley bertukar menjadi merah menjelang sunset!



Day 2

Typical Turkish Breakfast!

Lets jalan jalan!
First stop : Derinkuyu Underground City (Tiket 15 lira)
bandar bawah tanah. sedalam 85m dibawah tanah.boleh memuatkan hampir 20 ribu orang!
bayar mahal mahal untuk merangkak di dalam ni. Saket pinggang weols! haha
Ruang paling dalam di bawah underground city ini
 
 
Minum Promegranate Jus dulu! (segelas 5 lira = RM3)


 Destinasi seterusnya --> Ihlara Valley (2 jam perjalanan)
Harga tiket : 5 Lira 
Kawasan Ihlara ni sangat besar. ianya merupakan longest canyon di Cappadocia. satu hari jalan pon xhabis. kawasan nya mcm Grand Canyon kt US tula. tapi yang menarik sbb dlm ni ada byk gereja lama, jambatan, kawasan yang unik dsb.


dulu ini adalah gereja
turun laju. nak naik nanti pengsannnn!
Selime, Cappadocia. Star Wars movie location!
Turkey : DONE!
oh. satu yang penting xboleh miss kat Cappadocia ni adalah untuk tengok/naik hot air balloon! Malangnya time kami datang, cuaca agak sejuk. angin kuat. takde satu pon hot air balloon yang dibenarkan untuk berlepas. sobs. ni yang nak kene datang lagi ni. apa-apa pun, kami sangat enjoy Cappadocia! Sangat cantik dan unik! dan alhamdulillah dalam masa 3 hari 2 malam, kami dapat cover most of the main attraction in Cappadocia. Basically, kalau korang xde kereta, boleh ambil tour yang disediakan oleh agent. Basically, ada 3 main tour yang boleh dipilih di Cappadocia ni : Red tour , Green tour, atau Blue tour. Harganya bermula dari 40-80 Euro seorang termasuk tiket dan makan tengah hari. Bagi kami, ianya agak mahal berbanding dengan harga sewa kereta yang kosnya hanya RM200 untuk 3 hari (total petrol 3 hari : RM130). Tapi kalau korang xberani nak drive (Turkey drive sebelah kiri), pakej lawatan tu bolehlah diambil. sbb kawasan Cappadocia agak besar dan setahu i takde public transport dari satu tempat ke tempat yang lain. So, its either drive or take the tour! kalau drive, korang boleh ikot sesuka hati korang nak berhenti lama ke sekejap ke. tak perlu nak tunggu orang lain. Kalau ikot tour, kene ikot jadual tapi advantage nya, adala tour guide yang ikot korang yang boleh explain segala sejarah etc. =) 

Kalau ada peluang, silalah ke Cappadocia ye. ^_^


kalau cuaca elok, korang dapatlah menikmati pandang mcm ni pada setiap pagi...
oklah. sekian sahaja coretan i kali ni. nanti i update kisah kitorang di Istanbul pula ye.

XoXo,
Sheila