Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

My first ever Pizza attempt is a SUCCESS!

Helloooo!

Yippiee... Dah lama plan nak buat Pizza! Finally wikend lalu berjaya jugak dan sangat sedap hokey.. Lembut je roti dia.. Ahhh... Terbayang-bayang lagi kenikmatan pizza ku itu. hihi...

Sapu dgn tomato puree utk kenikmatan lebih.
Memandangkan org kata, jgn kedekut ilmu. Maka, hari ini, saya berbesar hati nak share dgn korang resepi Pizza ni. So, do try n gudluck girlss!

Resepi soft crust
500gm tepung gandum
1/2 bungkus yis
1 cwn air suam
1/2 cwn minyak masak
garam
bawang putih (blend/tumbuk)

Resepi Pizza topping
Minced Meat
1 Tin tomato puree
1 tin button mushroom
2 biji bwg besar (potong dadu)
Hotdog
Carrot, Tomato, Nenas
Lada hitam (serbuk)
Oregano
Garan & Gula
Mozarella cheese

Cara-Cara

Utk kulit. Gaul tepung bersama yis + bwg putih + garam + air suam. Then, uli hingga jadi doh.

Masuk minyak dan uli lg hingga sebati dan tak melekat di tangan biarkan doh naik sedikit uli lg dan canaikan di atas dulang yg telah griskan dgn butter.

TOPPING PIZZA - Minced meat+ Tomato puree + Mushroom +bawang besar+ Tomato+Nenas+lada hitam+garam+gula + Oregano Gaul sebati.
Sapu tomato puree atas topping. Kemudian, letakkan inti diatas kulit pizza dan ratakan cheese..bila kulit dah naik sket blehlah bakar dgn suhu 160"c 15 min

~PIZZA SIAP~

Tempting enuff? haha
                                           

Thursday, June 9, 2011

Blueberry cheese tart

Disebabkan cuti sem yang teramatlah melampau lama kali ni (sampai September!), so saya pon mencari aktiviti2 yang berfaedah yang boleh dibuat. Salah satunya memasak..Korang plak cuti buat apa?

Hari ini saya telah membuat satu cubaan berani mati membuat tart feverite saya iaitu blueberry cheese tart.. hehe...mula2 neves jugak takut tak jadi...huuuu....

Yela..Ni merupakan first attempt untuk buat tart n tak sangka pulak jadi n sangat marvellous rasanya. Tak caya tanyalah orang2 yang dah rasa! hahaha...


If korang pon rajin nak buat, sila rujuk resipi kat bawah ni!

Bahan untuk Cup tart:-
125 gm butter
60 gm gula aising
1 biji telur 
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Filling:-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur
Blueberry pie filling

Cara2 :-

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Pukul mentega dan gula aising sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh.
3. Tekan doh ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepi dengan pisau.
4. Masuk dalam oven n bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit.
5. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling:
1. Pukul cream cheese, mentega dan gula aising sampai fluffy.
2. Then masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
3. Sendukkan cheese filling ke dalam piping bag dan masukkan kedalam doh tart yang dah dibakari.
4. Hiaskan diatas dengan blueberry filling
5. Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau sampai filling nampak macam kering.




Selamat mencuba ye!!!


My blueberry cheese tart - dibuka untuk tempahan.. hahahaha




XoXo,
Sheila

Tuesday, June 7, 2011

Baking Cadbury Brownies

ye kawan2 di rumah..hari ni kita akan belajar cara-cara nak membuat cadbury chocolate brownies...

Cara-caranya teramatlah mudah sekali ye....

Bahan2nya adalah :-


Jeng jeng jeng.....


---
---
---
---
---
---
---
---

---TADAAAA---

Chocolate brownies mixture - all the way from London
Cadbury.co.uk


Itu sahaja yang diperlukan ye tuan2 dan puan2.. Cuma perlu tambah sedikit air (lebih kurang 40ml) dan juga sebiji telur. Itu sahaja.. Senang kannn... Terima kasih Cadbury!!! hehe...

Packet included dalam kotak - Tepung mixture + chocolate chunks

Jika korang nak gambaran yang lebih jelas macam mana nak buat brownies ni, sila lihat gambar2 di bawah!

Step 1 : Masukkan adunan campuran tadi ke dalam mangkuk
Step 2 : Masukkan air (40ml) & juga sebiji telur
Step 3: Kacau adunan sehinggan sebati
Step 4: Agak2 dah sebati, bolehlah tuangkan adunan ke dalam bekas
Step 5: Kemudian tambahlah chocolate chunk yg sedia ada (Boleh tambah  choc  lagi if nak)
Step 6: Bakar dalam oven untuk 20 minit pada suhu 180 darjah celcius
Senangkan! Jadi apa lagi, sila dapatkan mixture Cadbury Chocolate Brownies dengan segera!!! 

Hasilnya....




 Selamat mencuba!


XoXo,
Sheila