Salam 2014.
Mintak maaflah lambat bebenor i nak update utk Istanbul punya trip nih. Bz bebenor kalah ahli politik. hikhik....
So, dari Cappadocia kami terbang kembali ke Istanbul dan tiba di airport Sabiha Gocken. Airport ini agak jauh dari bandar. Ianya terletak di Asia side. So kalau naek bus dari airport ini nak ke bandar Istanbul yang terletak di Europe side, akan mengambil masa lebih kurang 1jam (bandar Istanbul agak jam). Tiketnya pula berharga lebih kurang 10 lira seorang...bus ni agak frequent.. setengah jam sekali..berlambak kat luar airport tu.. jadi xperlu risau okay! Sila klik sini untuk melihat
link bus ..
Okay sebaik sahaja tiba di Taksim, kami teros lunch di Restoran India... makan nasi biryani..kesian hubby dah berapa hari xdapat nasi kann... hehe.... Taksim ni kawan yang cam ala ala bukit bintang laa... banyak anak anak muda melepak sini.. Banyak tempat shopping, tempat makan etc... So, if nak melepak, Taksimlah tempatnya ye kawan kawan..
|
Maharani Restaurant, Taksim |
|
Food rating : 3.5 star
Price : $$$ |
Dari Taksim, kami menaiki teksi teros ke kawasan hotel kami yang terletak di Sultanhamet. Sultanhamet ini merupakan kawan historical di Istanbul ni. Kawasan ini dikelilingi dengan tempat bersejarah. All walking distance. Jadi, if nak cari hotel, dan nak jimatkan kos pengangkutan. adalah amat disarankan korang cari accomodation di kawasan Sultanhamet ni. Senang nak g jalan jalan. Kalau rasa penat, anytime boleh balik hotel tanpa ragu ragu...
|
Hotel kami boleh masak. jadi i masak simple simple je untuk hubby i yang xboleh hidup tanpa nasi ittew.... |
Untuk memendekkan entry ini dan juga mengelakkan korang boring, i buat summary jelah tentang tempat tempat yang kami pergi okay...
1) Grand Bazaar & Spice Bazaar
Dah namanya pon bazaar kan, haruslah tempat ini tempat shopping... hihi... kat sini korang boleh dapatkan souvenir, pashmina, turkish delight etc..
|
muka excited dapat mkn jagung bakar |
|
Turkey amat famous dgn baklava. A MUST TRY! |
|
Mcm mcm jenis baklava ada |
|
inside grand bazaar....sentiasa penoh orang.. |
|
kalau ada masa, jalan jalanlah dulu sebelum beli souvenir. sbb harga di luar bazaar sebenranya jauh lagi murah berbanding dalam grand/spice bazaar... |
|
Pashminaaaa |
|
Serbuk teh |
|
Di depan masjid, berhampiran Grand Bazaar |
|
Dried fruit - apricot, kurma, kismis, etc |
|
Rempah ratus - Spice Bazaar |
2) Aya Sofya / Hagia Sophia
Dari dulu selalu dengar tentang keindahan dan keunikan Hagia Sophia.. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan dan kesihatan untuk menjejakkan kaki sendiri ke dalam bekas masjid ini. Asalnya, ia dibina sebagai gereja, sebelum ditukar menjadi masjid dan kini ia dijadikan muzium..
|
husband i sugar rush di depan Aya Sofya |
|
dari hotel ke ayasofya, kami berjalan kaki dalam 5 minit sahaja |
|
Jalan untuk naik ke tingkat atas di dalam Aya Sofya |
|
Kerja menaik taraf dan membaik pulih bagi memastikan bangunannya kekal seperti asal |
|
Kalimah Allah dan Muhammad dapat dilihat di kubah |
|
Terdapat juga elemen kristian |
|
Maryam & Isa - elemen kristian |
|
Tempat memberi khutbah |
|
Makam raja raja terdahulu Turki |
Harga tiket : 25 Lira (RM43)
** Pls note : Isnin tutup
3) Topkapi Palace
Topkapi Palace merupakan istana yang sangat besar bekas tinggalan empayar Sultan Ottoman. Bagi kami yang paling menarik disini bukanlah tinggalan dari sejarah Ottoman. Tapi lebih kepada peluang untuk menyaksikan hasil tinggalan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Di dalam Topkapi, terdapat banyak tinggal nabi, antaranya pedang,jubah,misai,janggut,bekas minuman etc... Adalah merugikan kalau korang dah sampai Istanbul tapi xmasuk ke dalam Topkapi Palace... Ada juga barang peninggalan sahabat sahabat nabi termasuk tongkat nabi musa a.s... I always thought tongkat nabi musa tu besar sehingga mampu membelah laut, tapi bila dapat melihat sendiri, baru i tahu tongkat tu lebih kurang ranting sahaja tapi mampu membelah laut. Itulah kuasa tuhann...... Tapi sayangnya kat dalam ni, tak dibenarkan snap pictures... Hanya pengalaman yang dpt i kongsikan dgn korang semua...
|
Entrance ke Topkapi Palace |
|
Kagum dengan hasil ukiran |
|
Taman di dalam istana |
|
Sgt besar kawasan Topkapi ni... At least setengah hari la diperlukan untuk cover semuanya... |
Harga tiket : 25 Lira (RM43)
** Pls note : Isnin tutup
4) Basilica Cistern
Ia merupakan kasawan tangki terbesar di bawah bandar Istanbul. Ia terletak 500 kaki di bawah tanah, dibina ketika zaman Constantine pada abad yang ke 3. Lokasinya berhampiran dengan Aya Sofya... For me, if korang tak masuk kat dalam pon xpe.. takde apa sangat.. just ada air dan tiang tiang....tapi tempat ni pernah dijadikan lokasi utk filem James Bond - From Russia With Love.....
|
ada ikan dalam air nih... |
|
Medusa - menjadi kepercayaan diorang untuk buang duit dan berhajat, nanti akan tercapailah hajat itu.. |
Harga tiket : 10 Lira (RM15)
**Dibuka setiap hari
5) Blue Mosque/Sultan Ahmet Mosque
Apalah erti ke Istanbul kalau tak menjejakkan kaki ke Masjid biru kan? Terlalu banyak sejarah yang dibina di masjid ini. Syukur tak terkira dapat diberikan peluang ke sini....
|
Sesak dengan pelancong |
|
suasana tenang di dalam masjid ketika waktu sembahyang. Pelancong tidak dibenarkan masuk. |
|
mengambil wuduk untuk solat Tahyatul Masjid |
6) Bosphorus Cruise Tour
Okay. Bile korang ada di kawasan aya sofya, topkapi, etc... akan ada ramai penjual yang bertanyakan tentang Bosphorus Cruise tour. Diorang akan bagi brochure dengan harga yang bagi saya agak mahal (30-50 EURO seorang)...Tapi memandangkan i dah buat research before dtg ke Turkey, sebenarnya korang boleh menaiki cruise dgn harga yang jauh lebih murah. Kami hanya bayar lebih kurang 15 lira seorang untuk 2 jam cruise! Cara untuk mendapatkan tiket murah ini, sila pergi ke kaunter di jeti Eminonu dan korang boleh naik cruise teros dari situ.... ada yg tanya, kenapa harga yang ditawarkan amat jauh berbeza? Jawapan dia sbb yang mahal tu, inclusive makan dan ada mcm show on board. Tapi kami tak berminat nak tgk show dan makan.. Kami lebih berminat utk menikmati pemandangan sepanjang Bosphorus.... =)
|
bawak bekal pon bolehhhh =) |
|
sejukkkk |
Demikian sahaja rentetan percutian kami ke Istanbul... Nanti i update kesah honeymoon kami ke Italy okay =)
|
Istanbul, tunggu aku datang lagi..... |